Sehari dua lagi , 10 Mei 2008 , pesisir akan bermesyuarat Agung kali ke 20. Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan AJK baru untuk sesi 2008/2010.
Jawatankuasa Pesisir setelah pindaan dibuat beberapa tahun yang lalu adalah seperti berikut: 1. Seorang ketua 1 2. seorang ketua 2 3. seorang Setiausaha 1 - dilantik dari kalangan AJK. 4. seorang setiausaha 2 - dilantik dari kalangan AJK. 5. seorang bendahari 6. 7 orang AJK dipilih pada mesyuarat agung (termasuk untuk su 1 dan su 2). 9. 3 orang Ajk yang dilantik oleh ketua 1 dengan persetujuan AJK. 10. 2 orang pemeriksa kira-kira , 1 dan 2. Jumlah semua AJK seramai 13 orang dan 2 orang pemeriksa kira-kira. Ketua 1, ketua 2 , bendahari dan 7 orang ajk dipilih dalam mesyuarat agung tahunan . Setiausaha 1 dan setiausaha 2 dilantik oleh ketua 1 dengan persetujuan AJK dari kalangan AJK yang dipilih atau yang dilantik. Bagaimanapun pesisir sentiasa melihat potensi ahli . Sesiapa yang boleh membantu pesisir dari sudut aktiviti dan buah fikiran , pesisir akan melantik sebagai AJK khas bagi memperkuatkan organisasi. Kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat bersama pesisir dipersilakan. Mengapa mesyuarat Agung kali ke- 20 sedangkan usia pesisir sudah 27 tahun . Itu bermakna ada pada tahun-tahun tertentu pesisir tidak mengadakan mesyuarat Agung tahunan. Contohnya: mesy agung ke 7 - 15 Jan 1988 mesy agung ke 8 - 16 April 1993 Ediramle Ismail, SU2
