Assalamualaikum...wth Atas beberapa faktor yang difikirkan munasabah dan dengan beberapa perkiraan yang saya fikir wajar, maka dengan rasa penuh berat hati saya ingin memaklumkan bahawa laman blog Tintarona telah pun ditutup dengan rasminya pada pagi tadi. Meskipun saya rasa sedikit terkilan namun atas semangat kelangsungan aktiviti perbukuan yang sihat maka saya berharap tuan/puan masih sedia menyokong industri ini demi Bahasa & Budaya Bangsa.
Biarpun demikian, program penerbitan buku di bawah label Tintarona Publications Sdn Bhd masih berterusan lancar seperti biasa. Tidak ada apa2 yang menghalangnya meskipun tanpa satu saluran khas untuk bertukar-tukar pandangan. Saya juga sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat rundingan dan bimbingan penerbitan di mana telefon dan emel saya sentiasa sudi dijengah oleh mana2 warga Pesisir. Manakala ruang dan peluang berkarya sentiasa sahaja terbuka. Manuskrip juga boleh dihantar seperti biasa kepada saya. Terima kasih atas sokongan semua selama ini. Rozlan Mohamed Noor, Editor Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd --------------------------------------------- www.celikhuruf.blogspot.com -- See Exclusive Video: 10th Annual Young Hollywood Awards http://www.hollywoodlife.net/younghollywoodawards2008/
