Hari ini program yang dirancangkan boleh dikira berjaya dan antaranya
boleh dikatakan berjaya cemerlang.
Di sebalik itu ada juga berjaya tidak cemerlang pada beberapa tempat,
terutamanya tentang sambutan daripada ahli pesisir sendiri.

Bagaimanapun saya merasa terharu dengan kehadiran ahli-ahli pesisir yang
tinggal jauh dari Tumpat seperti dari Gemang Tanah Merah, Dari Tanah
Merah, Rantau Panjang dan dari PCB kerana memberi sokongan moral yang
begitu membanggakan.


Program hari ini agak ketat dengan pengisian dan masih terasa keletihan.


Terima kasih kepada semua yang terbabit berkerjasama dengan pesisir iaitu 
Jabatan Penerangan Kelantan,Pejabat Penerangan Tumpat, SMK Geting, Dewan
Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Kelab Setia, Kelantan FM, Sinar Harian ,
Artis-artis , rakan-rakan penulis , Agensi Anti Dadah Kebangsaan Tumpat.
Sekolah-sekolah Menengah daerah Tumpat yang menghantar ahli kelab setia
dan semua pihak yang terbabit.

Ediramle Ismail,
Unit ICT Pesisir.





Kirim email ke