Gabungan antara ajk lama dan baru mungkin dapat mencemerlangkan pesisir. Ketua 1, ketua 2 dan setiausaha 1 kekal .Mereka ini tidak boleh dinafikan kecintaan terhadap pesisir. Sehingga sebut sahaja Che Gu Wel dan Anuar Musa orang akan bayangkan pesisir.Sebut saja pesisir orang akan nampak Che Gu wel dan sdr. Anuar Musa.
Setiausaha 2 dan Bendahari yang baru adalah sebelum ini telah sebagai ajk khas pesisir. Omardin berpengalaman dalam beberapa pertubuhan sukarela sebagai Bendahari. Manakala Setiausaha 2 yang baru adalah seorang yang mudah dihubungi oleh Ketua 1 dan ketua 2 pesisir. 3 orang ajk lama iaitu Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah (WAKDIN) , Wan Othman Wan Hussin (Yaakob) dan Sasterawan Hashim Latiff kekal sebagai ajk sesi 2008/2010. 5 orang ajk baru iaitu Siti Mariam Salleh, Raja Othman Raja Ibrahim,Hj. Ahmad Mohd Yunos, Nawi Daud dan Ediramle Ismail . Siti Mariam adalah ahli lama pesisir dan sebelum ini adalah ajk khas. Kehadiran Raja Othman Raja Ibrahim (Pegawai Penerangan Daerah Tumpat) dalam pesisir banyak memberi semangat kepada pesisir. Begitu juga kehadiran Sdr. Nawi Daud yang juga dari pejabat penerangan Tumpat banyak membantu pesisir. Membuktikan bahawa dalam pesisir wujudnya keharmonian dimana turun naik tidak menjadi masalah. Hj. Ahmad turun dari bendahari kepada AJK dan Ediramle (saya) turun dari Setiausaha 1, kemudian SU2 dan sekarang sebagai AJK atas permintaan sendiri. Terima kasih kerana masih diberi tempat di kerusi AJK. Saya mungkin boleh ditempatkan di posisi unit ICT Pesisir. Proses serah menyerah tugas akan dibuat terutamanya dalam online dan fail-fail saya akan tempatkan di laman web untuk di akses oleh setiausaha yang baru disamping menyerahkan fail-fail lama yang sebahagiannya ada dalam simpanan saya. Yang paling penting saya akan serahkan no telefon ajk dan alamat surat menyurat ahli serta no telefon mereka bagi memudahkan pengurusan pesisir selepas ini. Saya harap beberapa perkara berbangkit dapat diselesaikan selepas mesyuarat AJK kali pertama akan datang. Ediramle Ismail Ajk pesisir bermula 10 Mei 2008 . Ketua 1 - Ismail Mohamed - Kekal Ketua 2 - Anuar Musa - Kekal Setiausaha 1 - Daud Muda - Kekal Setiausaha 2 - Maimun Musa - Baru Bendahari - Omardin Bon - Baru Ajk - Hashim Latiff - Kekal - Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah - Kekal - Wan Othman Wan Husin - Kekal - Siti Mariam Salleh - Baru - Raja Othman Raja Ibrahim - Baru - Hj. Ahmad Mohd Yunos - Baru (Sebelum ini bendahari) - Nawi Daud - Baru - Ediramle Ismail - Baru (sebelum ini setiausaha 2) Pemeriksa kira-kira 1. Tuan Saifuddin Had Tuan Long Hussin 2. ............ Ajk Khas. Akan dilantik pada mesyuarat ajk akan datang. 1. Ramlee Omar 2. Nik Azman Nik Mustafa 3. Ku Zaid Raja Muhamad 4. Noraini Ismail 5. Razali Yusoff 6. Alias Ismail Ediramle Ismail, Unit ICT Pesisir.
