Sdr. Eziz,
Kita semua berharap agar pesisir akan terus mampu bertahan dalam suasana
hari ini yang bagi saya sangat berubah.

Pengalaman saya sebagai setiausaha beberapa persatuan, termasuk pesisir.
saya melihat perubahan ini dengan jelas sekali.

Saya lihat perjuangan pesisir pada masa terakhir ini lebih mencabar
berbanding pada tahun awal 1990an dan sebelumnya.

Orang-orang sekarang nampaknya berada dalam suasana yang saya tidak fahami
dimana mereka sebetulnya.

Kalau nak silapkan zaman ICT saya kira tidak tepat, kerana dalam ICT
sekalipun saya dapati bahawa tidak ramai  mereka tidak berada di dalamnya.

Saya tidak jumpa orang ramai dalam ICT kecuali sebilangan kecil sahaja
remaja dan orang dewasa yang memanfaatkannya . Saya lihat ramai  kalangan
remaja yang masuk ke dalam ICT mereka berada di frienster dan laman-laman
yang berbentuk hiburan.

Saya kira memangnya anak-anak bangsa kita sangat suka pada hiburan. Dan
Hiburan yang mereka perlukan juga saya tidak pasti. Nak kata mereka
sukakan dikir barat, tidak ramai juga mereka yang tampil dalam bidang ini.
Tidak dinafikan ianya adalah satu antara pilihan yang digemari. Apakah
mereka berada dalam sukan? . Rasanya tidak ramai yang benar-benar menonjol
dari kalangan mereka.

Mereka sebenarnya di mana?

Kalau kita jumpa cara anak-anak bangsa kita, di mana mereka berada, sudah
pasti sedikit sebanyak kita dapat mengajak mereka menjadi seorang anak
bangsa yang mempunyai jati diri, menjadi seorang yang berkekuatan, menjadi
seorang yang hebat yang akhirnya membuatkan bangsa dan negara kita menjadi
bangsa dan negara yang disegani.


Edi





On Sat, May 10, 2008 10:42 pm, Aziz Che Soh Aziz Che Soh wrote:

      Assalaimualaikum,
     Semua barisan AJK  Pesisir  baru ini.

     Saya  mengucapkan  salam sejambak  bunga tahniah  di atas
perlantikkan
AJK  Baru dan Lama yang kekal itu. Semuga dgn ini PESISIR  akan terus maju
dan terus  berjaya sepanjang  masa, tanpa mengira waktu,penat lelah
tenaga, kewangan dan sebagai. Semuga kita berkerja dengan ikhlas, walaupun
 tidak
bergaji. Hidupkan semangat Kepesisiran kita  itu, spt mana di awal
tahun-tahun
80an dahulu  itu.

      Walaupun saya tidak dapat hadir di hari Mesyuarat Agong  24.4.2008
dan
10.5.2008 krn cuti tidak diluluskan oleh majikan, krn khidmat dan tenaga
berbayar  diperlukan pada  hari-hari tersebut.Harap maaf kpd semua
ahli-ahli
lama dan baru.Mesyuarat PESISIR  tetap berjalan dengan jayanya. Melayari
bursa papan saham PESISIR  di ICT ini, sekalung bunga tahniah untuk semua
yg
berjaya itu. Salam.

eziz shukman,
penjara kajang,
selangor.


---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it
now.


Kirim email ke