Tahniah sdr. Hashim   kerana antara warga pesisir sdrlah yang paling
sering menulis dan sentiasa menulis. Sdrlah juga yang paling banyak
menanam di petak ini ( Karya sastera) benih-benih jati diri untuk bangsa
dan negara .

Dua hari saya  tak dapat akses ke internet. Terasa lama sungguh .
Bagaimanapun ketika itu ada untungnya kerana sempat baca buku dan baca
kumpulan sajak. Hari ini komputer pula beronar akibat daripada elektrik
diputuskan secara tiba-tiba. Mujurlah boleh sedikit sebanyak membomohi
penyakit yang ringan-ringan. Kalau tidak pastinya kena diusung ke kedai
komputerlah jawapannya.

Saya memulakan  semula baca sajak-sajak dari antologi yang tersimpan
bertujuan
mengasah perasaan agar menjadi lebih tajam setelah sekian lama dirasakan
tumpul.

Dalam sehari dua ni badan terasa seperti kurang sihat sedikit. Nak
dikatakan deman tidaklah deman sangat . Tapi terasa seperti kurang sihat
sikit dan sering tertidur bila ada ruang dan kesempatan. Kurang pasti
gejala lain selain tekanan darah tinggi.

Ketika tidur nyenyak, minda sedar tidak lagi berperanan dan turut tidur.
Tetapi minda bawah sedar tetap menjalankan tugasnya dengan cemerlang
sekali tanpa pernah tidur dan tanpa pernah berihat. Merakam dan terus
merakam.

Ketika tidur, tubuh telah melakukan proses penyembuhan ke atas dirinya dan
adakalanya selepas bangun pagi kita akan terasa segar dan lapang. Tapi
barangkali ketika proses penyembuhan tidak sempat selesai, ketika bangun
pagi kita merasa sakit kepala dan adakalanya begitu mendesak .


Selamat malam dan selamat berkarya.

Ediramle Ismail,
Kok Pasir,
Tumpat, Kelantan.


On Thu, May 15, 2008 4:03 pm, hashim latiff wrote:
            sila layarL

http: hashimlatiff.blogspot.com







Kirim email ke