boleh beri alamat hassan, barangkali boleh saya mencarinya.
On 5/22/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > saya petik tulisan di bawah dari laman blog Sdr. Sasterawan Hashim > Latiff > di http://hashimlatiff.blogspot.com > > ADUHAI PENULIS > > PENULIS SUNYI DI PEDALAMAN. > > Seorang bekas penulis kreatif yang sunyi dan uzur di pedalaman, Hassan > Yusoff 60, menyimpan hasrat bertemu semula rakan-rakan lamanya yang berada > di seluruh pelusuk negeri Kelantan. > > Katanya, hampir tiga puluh tahun lebih dia tidak bertemu dengan kesemua > rakan penulisnya itu. Mereka yang masih berada di dalam ingatanya > termasuklah, Norhisham Mustafa, Ramli Abdul Halim, Wadi Leta S.A., Wan > Asri Mat, Kamarolzaman Haji Yusoff, Zahari Affandi, serta beberapa orang > lagi yang telah hilang dari ingatannya. > > Menurutnya kali terakhir dia bertemu sahabatnya itu sekitar tahun-tahun > 1970an di Kota Bharu. Ketika itu dia masih kuat dan sihat. Selepas tahun > tersebut dia tidak lagi bertemu dengan mereka sehinggalah kini. > > Jelasnya, selepas di serang sakit buah pinggang, kegiatannya makin terhad > dan masanya banyak dihabiskan di rumah sahaja dengan menjalankan kegiatan > bercucuk tanam selain menjadi tetamu tetap masjid dan surau. > > Sewaktu zaman kemuncaknya tiga puluh tahun silam, Hasssan atau nama > penanya E.Sani Yusoff seringkali mengikuti program yang dianjurkan > Persatuan Penulis Kelantan {PPK} dan Rumpun Seni Melayu Kelantan {RSMK}. > Sebarang kegiatan persatuan yang berpusat di Kota Bharu itu tidak pernah > dilupakan kecuali kalau ada keuzuran diri. > > Puisinya yang berjudul Di Pinggiran, terbitan Berita Harian (1964) > merupakan puisi yang terkesan di hatinya. Di dalam puisi itu dia banyak > menceritakan tentang kisah dan falsafah kehidupan manusia. Selain itu dia > juga banyak mencipta puisi bertemakan kehidupan manusia yang seringkali > diamuk kasih sayang dan rindu cinta. > > Puisi keduanya Dia, Gadis dan Ombak juga pernah di siarkan di Radio > Malaysia Kota Bharu (sekitar 1970an). Apa pun bila ditanya jumlah hasil > karyanya baik cerpen mahu pun puisi, dia tidak dapat memberikan jawapan > yang tepat. > > Dalam usaha menajamkan karya kreatifnya, dia pernah berguru dengan > sasterawan negara S. Othman Kelantan sekitar 1964. Katanya selepas merdeka > dia berpindah dari Tebing Tinggi Tanah Merah menuju ke Pahi dan sewaktu di > situlah dia banyak menimba ilmu dengan penulis hebat Kelantan itu. > > "Saya gembira melihat karya sahabat di dada majalah dan akhbar. Teringin > hendak menulis semuala. Tapi sayang. Saya tak berduit hendak membeli > sebuah mesim taip apa lagi komputer. Kalaulah ada sesiapa yang ingin > dermakan sebuah mesim taip kepada saya, insyaAllah, saya akan cuba aktif > semula," katanya . > > > >
