Betul tu. Tidak lengkap kiranya ke pesta seperti ini kiranya tidak bersama
anak-anak dan isteri.

Saya datang tadi bersama seorang anak dan saya lihat kebanyakan yang
datang membawa bersamanya anak dan isteri. Benar, mereka riang sekali.
Mereka gembira sekali.Mereka berlarian , bukan sahaja melihat wau yang
berterbangan bermacam rupa, tetapi juga melihat suasana .

Di sana ada pelbagai gerai. Di gerai ada pelbagai mainan aneka warna
kegemaran kanak-kanak.

Entah mengapa, saya juga sekarang ni selalu inginkan ketenangan dan
kedamaian dan sebahagian daripada ketenangan itu telah  dapat dirasakan.
Betapa lembutnya, betapa nyamannya bagai jari-jemari lembut membelai
sukma. Seperti terdengar sayup-sayup merdu suara mengulit jiwaku. Dan
ingin aku terlena serta didatangi ribuan mimpi yang indah-indah belaka.


Salam hormat.
Ediramle Ismail.





On Sun, May 25, 2008 9:30 pm, Manzaidi MohdAmin wrote:
Terkedu tengok gambar-gambar pesta wau yg sdr Edi paparkan. Tiba-tiba jer
teringat kat anak-anak di kampung. Biasanya, mereka tak pernah ketinggalan
ke pantai tu tengok pesta wau, tapi tahun ni banyak mereka terlepas.


Masa tengok gambar tu, saya dapat bayangkan bagaimana anak-anak melompat
riang dapat tengok 1001 jenis wau yang dipamerkan. Bagaimanapun, mereka
dan saya terpaksalah terima hakikat, tahun ini, kami tidak dapat bersama.



--- On Sun, 5/25/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } Gambar-gambar Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[email protected], [EMAIL PROTECTED]
Date: Sunday, May 25, 2008, 8:57 PM






Petang tadi , ahad 25 Mei bermula pukul 4.00 hingga 6.00 petang , saya
sempat berkunjung ke Pesta Wau antarabangsa Kelantan 2008 bertempat di
Pantai Geting Tumpat.

Kebetulan seakan berjanji dengan sdr. Yushazizi (Rakan ICT) yang balik
bercuti selama seminggu mulai semalam (24 Mei).

Saya bertemu Sdr. Yush di Pesta Wau dan masing ambil kesempatan merakam
gambar di sana.

Gambar-gambar boleh dilihat melalui pautan di bawah:

http://mygg2u. blogspot. com - Gambar yang dirakamkan oleh sdr. Yushazizi.

http://pestawau. kokpasir. com - Gambar yang dirakam oleh Ediramle Ismail

Kepada rakan-rakan, terutamanya yang berada di Kelantan , bolehlah
berkunjung ke sana. Khbarnya pesta akan dilangsungkan sehingga 27 Mei.

Ediramle Ismail



















Kirim email ke