kalau nak dibandingkan dengan orang lain, siapalah saya. sekadar
sasterawan kecil yang tidak mempunyai kehebatan dan kelebihan. kalau pun
ada barangkalinya sekadar untuk cukup menyara keluarga dengan karya yang
mungkin membosankan sesiapa yang membacanya.
jolokan itu saya kira sesuai dihulurkan kepada Abng Sham. dia guru
saya tempat saya menumpang ilmunya. kalau nak dibandingkan dnegan saudara
edi, saya kira edi ada kelebihannya apa lagi sdr. manzaidi. mereka orang
hebat, kreatif dengan tancapan bahasa yang tajam puitis dan 'ngam'. saya
hanyalah ilmu melukut di tepi gantang. kalau pun lebih saya dengan
sahabat mungkin pengalaman bekerja dalam usaha merentasi kehidupan berliku dan
bergerigis.
Asmuin juga sasterawan, Shafie, apa lagi dengan azlee lee. mereka seribu
kali hebat dari saya, sejuta pengalaman. saya? sekadar
melukut di tepi gantang sastera. saya kaira kalau ada sesiapa yang
meriksa karya saya, markahnya mungkin 45%.
apa pun saya bersyukur kerana hingga ke hari ini sudah lapan kali saya
memenangi hadiah sastera. mungkin pencapaian itu kecil bagi oprang lain
dan bagi saya semua itu terlalu besar.
--- On Tue, 5/27/08, Supian Hassan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Supian Hassan <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } BALIK BERCUTI
To: [email protected]
Date: Tuesday, May 27, 2008, 9:10 AM
Esok saya ada kenduri di Kemahang 3, masa balik ingat nak singgah
di teratak
Sasterawan Hashim di Kusial...
On 5/26/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
Mula-mula rantau orang , lepas tu rantau kita. Beginilah adakalanya lumrah
hidup. Kita perlu berhijrah bila keadaan memerlukan kita berhijrah.
Langit tetap sama, awan hampir sama , tapi kenangan cukup berbeza.
Kita seharusnya memilih untuk hidup lebih senang dari sebelumnya.
kesenangan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga kepada anak
isteri, kepada sanak keluarga.
Hebat sungguh kehidupan manusia. Walaupun begitu hebat, manusia sebenarnya
tidak memiliki apa-apa walau sekadar sebiji pasir sekalipun.
Ediramle
On Mon, May 26, 2008 3:18 pm, hashim latiff wrote:
terlongo seketika bila teman-teman semuanya balik bercuti.&nbsp; aduhai
itulah rutin bekerja makan gergaji ni (maaf).&nbsp;&nbsp;&nbsp; apa
kata
kita rangkumkan sekali cuti mereka dan adakan satu pertemuan?&nbsp;
saya&nbsp; rasa seronok bila masing-masing menceritakan keenakkan bekerja
di rantau orang.&nbsp; (mula-mula rantau orang kemudian rantau
kita.)&nbsp;
Macam mana dengan lee dan asmuin serta shafien?&nbsp; tak cuti ke?&nbsp;
Lan?&nbsp; bila lagi nak cuti.&nbsp; bawa balik semangat tintarona ke
dalam diri penulis pesisir.&nbsp; Bomba kita?&nbsp; Takkan nak sembur
air
24 jam.&nbsp; baliklah bercuti.&nbsp; jangan tunggu hari raya baru nak
cuti.&nbsp; kampung kelahiran kita bukan dua.&nbsp; satu sahaja.
warga pesisir, yang jadi kru, bolehlah balik bercuti ketika cuti penggal
ni.&nbsp;&nbsp; boleh kita bincang sambil bersantai di pantai geting
atau
7.
apa pun kepada yang bercuti selamat bersantai dengan cuti.&nbsp; yang tak
cuti macam&nbsp; saya ni, ibarat kerbau gala.&nbsp; tak gala tak
adalah&nbsp; habuan.&nbsp; galalah sebanyak mana sekalipun&nbsp;
tanah
bendang dan dusun asalan di dalam perut tanah warisan itu ada ketulan emas
bernilai jutaan ringgit.