Beberapa hari tidak menyelak internet kerana PLKN rupanya ada berita sedih menyelubungi.Al-Fatihah buat adamua MN
----- Original Message ---- From: Nazmi Yaakub <[EMAIL PROTECTED]> To: [email protected] Sent: Thursday, May 29, 2008 11:37:32 AM Subject: { PESISIR } Moga helai usangnya sempurna jariahnya Selepas Cikgu Ismail Sarbini, Cikgu Adam Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Admua MN pula meninggalkan generasi penulis novel remaja pada dekad kegemilangan novel remaja khususnya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi penulis dan pembaca terutamanya mereka yang berkembang dalam dekad 1980-an dan awal 1990-an, nama seperti Khairuddin Ayip, Ismail dan Admua MN tentu terasa akrab. Bagaimanapun, era kegemilangan novel remaja menguncup apabila dekad 1990-an beranjak ke hujungnya dan bagaikan terpadam apabila kita singgah dan melalui alaf baru. Saya catatkan sepercal belasungkawa kepada Allahyarham Admua MN yang meninggalkan kita baru-baru ini di blog Kawat, sambil meninggalkan sedikit pertanyaan kepada pihak yang berwajib: Apakah usaha kita untuk memastikan amal jariah penulis novel remaja ini tidak terperosok di stor dan gudang lama. Capaian ke catatan di blog: Moga helai usang Admua MN sempurna jariahnya Nazmi Yaakub Anjung Liku
