Disamping penyair yang hilang ada juga penyair yang tersembunyi. Tadi saya menerima sms daripada salah seorang ahli online pesisir. Pada mulanya saya tidak perasan siapakah dia. Tapi setelah saya tanya semula katanya dia seorang pelajar tingkatan 6 .
Katanya dia telah menyiapkan sebuah novel 400 muka surat dan telah juga menulis banyak sajak serta cerpen sejak tiga tahun yang lalu. Tapi semuanya masih belum dihantar kerana tidak tahu cara-cara nak hantar dan di mana tempat nak dihantar. Saya kira sekiranya didedahkan dengan cara-cara penghantaran karya dan kepada siapa yang perlu hantar , Remaja ini akan menjadi seorang penulis yang dapat menghasilkan karya yang baik dan mungkin juga antara penulis yang terkenal nanti. Seorang penulis yang baru begini perlu juga ada motivasi diri agar tidak mudah melupakan jalan datang sebelum tiba di tangga kejayaan. Saya kira bukan saja remaja ini yang boleh digelar penyair tersembunyi, tatapi juga ramai lagi remaja-remaja di luar sana yang juga sebagai penyair yang tersembunyi. Ediramle penyair yang terhilang.
