1 - Ucapan takziah kepada sdr. Hashim Latiff. Semoga tabah menjalani dugaan ini
dan semoga roh yang telah dijemput ke
seberang sana itu dirahmati Allah. AMIN 3X
2 - UNTUK MAKLUMAN SEMUA. Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dengan kerja sama
DBP Wilayah Timur akan
mengadakan KELAS ASAS LAKONAN bermula pada 06 Jun 2008 bertujuan untuk
mendedahkan asas-asas lakonan
terutamanya kepada bakat-bakat baru. Kelas akan diadakan setiap petang
Jumaat dari jam 2.30 ptg - 5.00 ptg. Di hujung
bengkel ini nanti satu pementasan akan dibuat. Penyertaan adalah percuma
dan terbuka kepada semua peminat seni lakonan.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di alamat ini :
[EMAIL PROTECTED]
AZIZ MOHD NOR
________________________________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/