Sebelumnya saya ucapkan terima kasih kepada sdr. Hanuman, kerana sempat
singgah ke kediaman saya semasa balik bercuti sehari dua yang lalu. Juga
kerana sebelum ini telah memaklumkan tentang apa yang terjadi terhadap
keluarga Hashim Latiff .
Sebelum menulis catatan ini, saya telah hubungi Sdr. Hashim dan Hashim
maklumkan bahawa isterinya sekarang telah keluar dari ICU dan telah
dimasukkan ke wad bersalin hospital Sultanah Zainab 2. Bagaimanapun
pelawat masih tidak dibenarkan masuk ke situ.
Semoga isteri Hashim akan semakin sembuh dan Hashim akan dapat meneruskan
tanggungjawab besarnya untuk keluarga dan untuk dunia penulisan demi
membentuk jati diri anak bangsa.
Pesan saya untuk Sdr. Hashim, teruskan perjuangan yang tidak berpenghujung
ini. Sdr. seorang yang besar di mata rasa saya.
Ediramle Ismail,
On Mon, June 2, 2008 4:58 pm, Supian Hassan wrote:
Kuatkan semangat diri sendiri dahulu, pulihkan semangat isteri,
berbincanglah dengan penuh ketenangan dan hikmah.
Kelahiran, kematian , itu kehendaknya, tiada apa yang kekal, cuma sekejap
atau lama dia di muka bumi Allah ini. Wasalam
On 5/30/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Saya tumpang sedih dengan apa yang berlaku pada Hashim. Saya tau
> betapa berat hatinya untuk memaklumkan berita malang kepada isterinya
> yang
> dalam keadaan uzur ketika ini. Saya doakan Hashim tabah dan kuatkan
> iman.
>
> Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada sahabat aku dan isterinya.
>
> --- On *Fri, 5/30/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: { PESISIR } Perkembangan Keluarga Hashim Latiff
> To: [email protected]
> Date: Friday, May 30, 2008, 7:09 PM
>
> Saya telah hubungi Hashim Latiff dan bertanya khabar keluarganya.
> menurut Hashim, sekarang isterinya masih berada di Hospital Sultanah
> Zainab 2 Kota Bharu dan beransur-ansur pulih .
> Hashim mula berulang alik dari Rumah di Kusial Baru ke Hospital .
>
> Semoga isteri Hashim semakin sembuh dan boleh segera keluar dari wad dan
> Sdr. Hashim dapat meneruskan kerja-kerja penulisannya.
>
> Bagaimanapun menurut Hashim ada berita yang belum diberitahu kepada
> isterinya.
>
> Salam untuk semua.
>
> Ediramle Ismail
>
>
>
>