Satu keputusan yang dianggap mengejutkan oleh PM alaf baru. Mungkinkah ini
hadiah pilihan raya umum ke-12 daripada pak lah untuk rakyat? Masya-Allah.
Susah nak keluarkan kata-kata. Ibarat hidup menumpang, kita kena akur apa saja
tuan rumah lakukan, walaupun kita sedar cara dan kaedah yang dilakukan itu
menyeksakan hidup kita.
Saya bagi pihak diri saya sendiri, amat sedih dengan kerajaan hari ini. Dari
dulu lagi saya sedih, kini bertambah lagi sedih.
Orang kaya yang naik kereta kerajaan, pakai minyak yang kerajaan tanggung,
tentu tidak merasa apa-apa beban dengan kenaikan harga petrol dan diesel.
Selagi mereka menggunakan kemudahan itu, naiklah sehingga RM10 seliter pun
mereka tetap tidak merasainya. Tetapi bagaimana dengan kita yang berpendapatan
bawah RM1,000? bawah RM1,500 dan bawah RM2,000? Bagaimana dengan kita yang ada
empat, lima, enam dan tujuh anak? Tidakkah kerajaan hari ini memikirkan perkara
ini? Pada saya semua pemimpin yang ada dalam barisan Kabinet hari ini tidak ada
OTAK. Otak mereka semuanya berada di lutut, bukan di kepala. bukan pada akal
yang Allah anugerahkan... nak tahu lebih lanjut layari laman blog
http://manzaidiamn.blogspot.com
--- On Thu, 6/5/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } Pesta Minyak
To: [EMAIL PROTECTED], [email protected], [EMAIL PROTECTED]
Date: Thursday, June 5, 2008, 8:42 AM
Malam tadi, sebaik pengumuman di Berita TV yang mengatakan harga minyak
akan naik bermula hari ini Khamis 5 Jun 2008.
Orang ramai seperti mengambil kata sepakat menuju ke stesen minyak
beramai-ramai. Tinjauan rambang di daerah Tumpat mendapati setiap stesen
minyak di sini (Yang dibuka) didapati begitu ramai mereka yang berbaris
dengan kereta dan motorsikal menunggu giliran untuk mengisi penuh tangki
motorsikal dan kereta mereka sebelum menjelangnya jam 12 tengah malam.
Keadaan ini seperti sebuah pesta dan pesta ini mungkin boleh dinamakan
pasta minyak.
Hari ini harga minyak telah naik dan kenaikan itu adalah agak besar .
Pastinya kenaikan tidak bakal disusuli dengan turun semula, malah
selalunya disusuli dengan naik lagi suatu masa nanti.