Ini untuk arkib agar memudahkan pihak setiausaha merekod aktiviti yang dihadiri sebagai mewakili pesisir.
Kursus Pengurusan dan kepimpinan NGO Budaya 2008 Peringkat Negeri Kelantan. Pada: 7 Jun 2008 (Sabtu) Tempat: Dewan Kaloi, Hotel RIDEL , Kota Bharu, Kelantan. Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari. Anjuran : Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara , Negeri Kelantan. Pesisir diwakili oleh: 1. Anuar Musa , Ketua 2 Pesisir. 2. Ediramle Ismail , AJK Pesisir. Objektif. Memantapkan lagi daya kepimpinan kepada pemimpin dan bakal pemimpin dengan pengurusan yang berkesan bagi mewujudkan potensi persatuan cemerlang. Memupuk semangat kerja berpasukan dikalangan para peserta dan berkongsi idea menyelesaikan masalah yang dihadapi serta saling bantu membantu antara satu sama lain bagi mengukuhkan persatuan. Menggunakan elemen-elemen dan strategi dalam proses menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan secara rasional dan tepat. Menggunakan potensi diri secara optimum dalam membentuk diri yang kreatif dan inovatif. Ulasan saya. Kursus yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO Budaya ini turut dihadiri oleh rakan-rakan penulis dan seniman serta aktivis budaya di Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan bagi saya adalah cukup menarik dan bererti untuk pemimpin-pemimpin pertubuhan sukarela. Ediramle
