Tahniah diucapkan kepada pemenang sekelian, terutamanya kepada
-Siti Aminah Mat (Tie Camar)-Kalendar Baru Abang - Mingguan Malaysia 15
April 2007.

Dari senarai pemenang nampaknya tidak ada penulis lain  dari pesisir yang
muncul sebagai pemenang dalam kategori yang dinilai. Ini bermakna kita
kena kerja kuat lagi pada tahun-tahun mendatang.


Edi



UTUSAN MALAYSIA -SASTERA

ARKIB : 15/06/2008
Keputusan pemenang PENGHARGAAN HSKU 2007
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah
memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah
melahirkan banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi
sasterawan yang mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air.
HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta nama dan
penulis tersohor melontarkan cabaran kepada yang baru. Kini acara HSKU
tercatat dalam kalendar kesusasteraan kerana diadakan saban tahun, tidak
terlangkau walaupun sekali.
Acara penyampaian hadiah HSKU 2007 tahun ini akan diadakan pada Jumaat ini
di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pukul 8 malam. Tetamu kenamaan HSKU
2007 ialah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop yang akan
melancarkan antologi karya-karya pemenang kali ini.
Secara sepintas lalu, HSKU 2007 dikuasai oleh penulis generasi baru yang
pernah memenangi HSKU sebelum ini. Penulis-penulis ini kelihatan konsisten
dan produktif serta memperlihatkan pendekatan dan pemikiran yang baru
dalam karya-
karya mereka.
Berikut ialah senarai penuh pemenang HSKU 2007.
KATEGORI
NOVEL REMAJA
Hadiah pertama (RM7,000)Khazanah Warisnya Kalbu-Sri Rahayu Mohd Yusop
Hadiah kedua (RM4,500)Sayap-sayap Cendekia-Nisah Haron
Hadiah ketiga (RM3,000)Baromkeh: Matamu di Mataku-Ummi Hani Abu Hassan
KATEGORI
CERPEN REMAJA
3 Hadiah Utama (RM2,500)
Banglo Kolonial di Lot 152-Khairunnasriah Abdul Salam-Mingguan Malaysia 2
Disember 2007
Cerita Sagita dan Sagupa-Saifullizan Yahaya-Mingguan Malaysia 28 Oktober
2007
Rumah Nurul Iman- Ghafirah Idris-Utusan Melayu Mingguan 28 Mei 2007
6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)
Dunia di Pergelangan Tanganku-Dr. Ilias @ Illias Zaidi- Mingguan Malaysia
28 Ogos 2007
Kalendar Baru Abang-Siti Aminah Mat (Tie Camar)-Mingguan Malaysia 15 April
2007
Mamaku Menteri-Salina Ibrahim -Utusan Melayu Mingguan 22 Januari 2007
Selamat Kembali Nurul Merdeka-Khairunnasriah Abdul Salam-Mingguan Malaysia
19 Ogos 2007
Tiga Catatan di Tiga Perhentian-Lim Swee Tin-Mingguan Malaysia 2 September
2007
Wira Mandala Hijau-Khairul Hafiz Abdul Rahman(Serunai Faqir)-Mingguan
Malaysia 2 Julai 2007
KATEGORI CERPEN
3 Hadiah Utama (RM3,000)
Dari Suatu Tikungan Lorong-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 4
Februari 2007
Moluska-Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)-Mingguan Malaysia 29
Julai 2007
Warna-Faizati Mohd Ali-Mingguan Malaysia 4 November 2007
6 Hadiah Penghargaan – (RM800 setiap satu)
Cerita Sebuah Lembah-Muhammad Lutfi Ishak- Mingguan Malaysia 16 Disember
2007
Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir-Mohamed Ghozali Hj. Abdul Rashid (Malim
Ghozali PK)-Mingguan Malaysia 23 Disember 2007
Jihad Sang Hamba-Khairul Hafiz Abdul Rahman(Serunai Faqir)-Utusan Melayu
Mingguan 26 Mac 2007
Laut Tetap Bergelora-Zaharah Nawawi -Mingguan Malaysia 11 November 2007
Nilai Cinta Kita-Azizi Haji Abdullah-Mingguan Malaysia 9 September 2007
Putik Qunaitara-Ummi Hani Abu Hassan-Mingguan Malaysia 10 Jun 2007
KATEGORI PUISI
3 Hadiah Utama (RM 1,000 setiap satu)
Denyut Murba-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007
Menggeledah Nurani-Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy)
-Mingguan Malaysia 14 Oktober 2007
Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud-Muhamad Ikram Abdullah-Mingguan Malaysia
27 Mei 2007
6 Hadiah Penghargaan (RM500-setiap satu)
Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan-Wahyu Budiwa Rendra A.Wahid (WB
Rendra)-Mingguan Malaysia 20 Mei 2007
Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib-Shamsudin Othman-Mingguan Malaysia 25
Februari 2007
Ingatan Kepada Kawan xx-Zainal Palit (Zaen Kasturi)-Mingguan Malaysia 11
November 2007
Lidah Anakku Berbelang-Belang-Zainal Abidin Suhaili (Abizai) -Mingguan
Malaysia 19 Ogos 2007
Luka Pujangga Bangsa-Roslizan Yaacob (Marjan S)-Mingguan Malaysia 18
November 2007
Sajak Anum Kepada Jebat-Siti Raihani Mohamed Saaid-Mingguan Malaysia 13
Mei 2007
KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA
Kajian Sastera (RM2,000)
Tiada Pemenang
Rencana Sastera (RM1,000)
Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu?-Dr. Mohd Zariat Abdul
Rani-Pemikir-Oktober – Disember 2007
NOVEL REMAJA -BAHASA INGGERIS
Hadiah pertama (RM7,000)
Peace Child-Seliong ak Wau
Hadiah kedua (RM4,500)
Magic Eyes-Teoh Choon Ean
Hadiah ketiga (RM3,000)
Dahlia-Sherifah Binti Baharudin
 =================================================================
 
Gempuran penulis wanita di HSKU 2007
Oleh AZMAN ISMAIL





Kirim email ke