Tiada rotan akar pun tidak berguna

 

Aduhai rotan dan akar, lahir di dalam belukar yang
sama.  Namun bedanya rotan boleh digunakan
buat merambi rebana sedangkan akar hanyalah digunakan buat menyucuk ikan dan
mengikat  guni getah sekerap.  Bila ada rotan, akar dipinggirkan, kononnya
ada akar di dalam semak buat menambahkan lagi semak belukar.  Namun bila rotan 
tidak ada, mereka mencari
akar, hinggakan turun ke dalam belukar 
bahaya.  

Kenapa harus ada
perbedaan antara akar dan rotan ?  apakah
tidak boleh samakan akar dan rotan sedangkan kedua-duanya ciptaan Allah bagi
manafaat kepada manusia?  Ketika tidak
ada rotan, akar dipuji puja.  Kononnya akarlah
yang paling baik sekali.  Mujur ada akar
cantik dan meriah rumah kehidupan.  

Tapi sayang,
akar tidak dapat bertahan lama.  Tidak macam
rotan.  Akhirnya akar dipinggirkan, wala
sekuat mana sekalipun akar itu.  Rotan
tetap menjadi pilihan semua dan bukannya akar! 
Aduhai akar.  Fahamlah tentang
falsafah.  Tiada rotan baru berguna
akar.  Apa pun istilah zaman globalisasi
sekarang lebih elok dikatakan bahawa tiada akar rotan pun tidak berguna.    




      

Kirim email ke