Kebetulan ketika scarlet bertanya siapakah pakdo. Pakdo sedang dalam talian
dan berada dalam *kondisi trance .*
Ketika beginilah pakdo selalu mencatat catatan pakdo untuk ingatan dan
dikongsikan bersama saing-saing pakdo yang pakdo sayangi  dan ingati
semuanya.

Tidak sahaja scarlet yang masih  tidak mengenali pakdo, tapi ramai juga
saing-saing pakdo yang lain di sini juga tidak mengenali pakdo.

Oleh itu  lebih bermakna kalu saing-saing pakdo mengenali pakdo sebagai
pakdo supaya kemesraan pakdo dengan saing-saing pakdo semua sentiasa
terjalin dari masa ke semasa.

Apapun pakdo adalah seorang anak bangsa yang menetap di Negeri Kelantan dan
di sebuah daerah bertuah lagi permai.

Pada kesempatan ini, pakdo nak perkatakan tentang sesuatu yang pakdo rasakan
sejak semalam lagi. Pakdo nak katakan bahawa pakdo sungguh beruntung kerana
ramai saing-saing pakdo yang berjiwa hebat.

Jiwa yang hebat saing-saing pakdo itu adakalanya dapat dimanfaatkan oleh
pakdo dan anak cucu pakdo juga.
Pakdo kagum sungguh dengan saing-saing pakdo itu.

Mereka ada yang jadi seniman, mereka ada yang jadi usahawan, mereka ada yang
jadi pemimpin, mereka ada yang jadi sukarelawan.

Bagi pakdo mereka semuanya orang besar dan hebat. Pakdo tersenyum selalu
bila membandingkan mereka yang berjiwa hebat dengan yang kurang berjiwa
hebat. Pakdo tengok mereka sama-sama memiliki anggota yang serupa, bentuk
badan yang hampir serupa, iras wajah yang cantik dan tampan semuanya.

Yang melebihkan saing-saing pakdo berbanding mereka adalah keazaman,
keinginan, kemahuan dan kesanggupan menghadapi cabaran. Mereka sungguh
gagah, mereka perkasa kerana dengan hanya menggunakan sebahagian kekuatan
itu mereka boleh mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi dan besar mereka
boleh menimbulkan besi yang bertan-tan beratnya di lautan, mereka boleh
menerbangkan besi dan logam yang bertan-tan ke angkasa.

Sedangkan orang yang tidak hebat akan merasa berat untuk mengangkat walaupun
sebatang jarum, merasa berat walaupun mengangkat seketul batu-bata , malah
mereka juga berfikiran tidak boleh.


Salam hormat daripada pakdo



On 7/6/08, scarlet pimpernel <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>    Recent Activity
>
>    -  3
>    New 
> Members<http://groups.yahoo.com/group/Pesisir/members;_ylc=X3oDMTJmYmVqNjkyBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIxMTU0NDIEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MDE5OTg3BHNlYwN2dGwEc2xrA3ZtYnJzBHN0aW1lAzEyMTUzMTgxNjI->
>
> Visit Your Group
> <http://groups.yahoo.com/group/Pesisir;_ylc=X3oDMTJlb2hlNTMxBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIxMTU0NDIEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MDE5OTg3BHNlYwN2dGwEc2xrA3ZnaHAEc3RpbWUDMTIxNTMxODE2Mg-->
>  Y! Entertainment
>
> World of Star 
> Wars<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13oc0gi6b/M=493064.12016259.12445666.9963301/D=groups/S=1705019987:NC/Y=YAHOO/EXP=1215325362/L=/B=RwoEG0LaX.s-/J=1215318162980106/A=5008817/R=0/SIG=10sulld0b/*http://starwars.yahoo.com/>
>
> Rediscover the force.
>
> Explore now.
>  New business?
>
> Get new 
> customers.<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13o81e10m/M=493064.12016308.12445700.8674578/D=groups/S=1705019987:NC/Y=YAHOO/EXP=1215325362/L=/B=SAoEG0LaX.s-/J=1215318162980106/A=3848640/R=0/SIG=131an6mds/*http://searchmarketing.yahoo.com/arp/srchv2.php?o=US2002&cmp=Yahoo&ctv=Groups1&s=Y&s2=&s3=&b=50>
>
> List your web site
>
> in Yahoo! Search.
>  Real Food Group
>
> Share 
> recipes,<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13oc3udul/M=493064.12016243.13036160.8674578/D=groups/S=1705019987:NC/Y=YAHOO/EXP=1215325362/L=/B=SQoEG0LaX.s-/J=1215318162980106/A=5379226/R=0/SIG=11gatb1qb/*http://advision.webevents.yahoo.com/hellmanns/>
>
> restaurant ratings
>
> and favorite meals.
>
>  senang hati membaca catatan pakdo, tetapi tertanya-tanya siapa gerangan
> pakdo ini? nampaknya saya masih ketinggalan. aduhai.....
>
> ----- Original Message ----
> From: Pakdo <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]; [email protected];
> [EMAIL PROTECTED]
> Sent: Monday, June 30, 2008 2:09:10 AM
> Subject: { PESISIR } Apa khabar saing pakdo
>
>  Ketika menulis catatan ini, Pakdo merasa begitu aman damai sekali.
> Angin dari kipas dinding berjenama Khind bertembung dengan angin dari
> luar jendela yang menerpa. Bertembung perlahan di bahu dan pipi tua
> pakdo yang masih kelihatan ceria walaupun semakin dimakan usia .
>
> Cuaca elok yang membiru di langit membuatkan pakdo terangsang sekali
> untuk mewarnakan perasaan pakdo yang indah seperti pelangi ini di
> kanvas komunikasi ict ini.
>
> Alhamdulillah, pakdo bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan
> masih dapat menikmati hidup di satu-satunya negeri dan negara pakdo
> yang sungguh aman damai ini.
>
> Pakdo rasakan seperti pakdo dan rakan-rakan pakdo sedang bermain-main
> dan berlarian saling mengejar dan dikejar seperti anak-anak kecil.
> Kemudian berehat dan saling ketawa. Hebat sungguh permainan hidup ini.
> Berpasangan- pasangan, yang lari dikejar. Ada yang naik dan ada yang
> turun, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang cantik dan ada yang
> molek. Pelbagai sungguh.
>
> Negara pakdo aman damai sungguh dan rakyatnya sungguh cekal
> menjalankan tugas untuk meneruskan usaha mengumpul kejayaan dan
> kecemerlangan untuk dibekalkan kepada anak cucu cicit di masa
> mendatang.
>
> Sehari dua ni , berduyun-duyun anak-anak dan saing-saing pakdo
> menghantar anak melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi .
> Bukan ratusan orang , malah ratusan ribu orang pelajar yang berjaya
> mendapat tempat.
>
> Di tangan merekalah antaranya terletak kecemerlangan, keterbilangan
> anak bangsa pakdo yang terkenal dengan sifat baik hati dan berhati
> murni serta berfikiran jernih.
>
> Pakdo nak ucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan itu. Kerana dengan
> ilmu yang bakal diperolehi nanti, anak cucu saing pakdo itu akan
> mengamalkannya bagi menambah yang ada dan memperbaiki apa yang kurang.
>
> Lega sungguh perasaan pakdo , kini selapang sawah yang terbentang luas
> kerana rakyat hidup begitu aman, mereka boleh menjalankan kerja-kerja
> mereka tanpa terganggu, tanpa terhalang dan mereka boleh memperkayakan
> diri dan keluarga dengan semahu-mahunya tanpa ada sesiapa yang
> menafikan usaha itu.
> Walaupun pakdo belum berjaya, tapi pakdo tetap merasa bangga dengan
> kejayaan demi kejayaan yang dinikmati oleh saing-saing pakdo semuanya.
>
> Pakdo juga, melihat perkembangan teknologi ICT juga semakin mendapat
> sambutan, semakin berkembang dari hari ke sehari dan anak cucu pakdo
> semakin pandai dan ini semakin memudahkan urusan kehidupan seharian.
>
> --
> Hormat selalu daripada Pakdo
>
> 
>



-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke