Ayahngah, Pakdo, Ayah Tok, dan semua warga egroup sekelian yang menyukai
lagu-lagu merdu yang mencuit kenangan lama bolehlah berkunjung ke pautan.


http://www.geocities.com/hassny/
http://www.geocities.com/matjais2002/

Semoga bapak-bapak semua terhibur

Edi

Saya pun mungkinnya beza usia dengan pak-pak sekelian sekitar 15 ke 20
tahun saja (Lebih Muda) , dan boleh digolongkan dalam angkatan 60-an juga.





On Mon, July 21, 2008 8:33 pm, ayahngah Ayah Ngah wrote:
Assalamualaikum...

Semalam, ketika ayahngah baring-baring nak tidur...tiba tiba ayahngah
teringat zaman muda-muda dulu. Ayahngah bingkas bangun lalu mengambil
kotak radio di atas almari. Ayahngah kemudian letak di sebelah kanan
kepala ayahngah sambil-sambil cari-cari stesen lagu. Masa tu makngah mu
duduk kat ruang tamu dengan cucu cicitnya. Entah apa yang mereka bualkan.
Ayahngah malas nak pikir pasal makngah mu lagi...Dia nak tidur kat luar
ke, dia tak nak tidur sbelah ayahngah lagi ke, ikut dialah. Ayahngah dah
tak kisah lagi dah. Tapi ayahngah sayang ke makngah mu.
Kerana makngah mu lah, ayahngah ada lima anak. Kerana makngah mu lah, dua
anak ayahngah belajar di unibersiti. Dan kerana makngah mu lah, tiga lagi
anak ayahngah sedang membesar. Ayahngah sayang sangat kat makngah mu. Dia
banyak jasa pada ayahngah. Dia penyabar. Dia penyayang. Dia susah nak
marah, apatah lagi nak cemburu dengan ayahngah.
Tika duk cari-cari stesen lagu, tiba-tiba terdengar lagu Bawah Rumpun
Bambu nanyian Mimi Loma. Adusss... enak sungguh lagu dan iramanya.
Teringat ayahngah pada zaman-zaman ayahngah kecik dulu. Tika tu jugak
ayahngah terkenang lagu-lagu lama nyanyian Shidee. Kazar. Azlina Aziz.
Siti Fairus. Rahimah Rahim. Julie Remi. Sanisah Huri. Hail Amir. Latif
Ibrahim. Rosmaria Abdul Hamid. Rafeah Buang. dan banyak lagilah yang
seangkatan dengan usia ayahngah.
Ayahngah percaya anak-anak zaman sekarang tak kenal pun nama-nama penyanyi
ni, malah mungkin tak penah dengar pun lagu-lagu nyanyian mereka.
Bila dengar lagu Bawah Rumpun Bambu, tiba-tiba saja air mata ayahngah
tergenang. Nasib baik masa tu makngah mu tak ada bersama. Kalau tidak malu
ayahngah diejeknya. Tau tau sajalah makngah mu tu. pantang tenguk ayahngah
dalam keadaan macam tu, mulalah dia nak usik.
Hari ni, ayahngah pergi ke pasar raya. ayahngah pergi tempat jual kaset.
ayahngah cari lagu-lagu lama. Dapatlah dalam lima keping. Tapi lagu mimi
loma tu tak ada. sedih sangat.
macam manalah ayahngah nak dapatkan lagu tu?  adakah siapa-siapa dalam
groups ni dapat bantu carikan lagu tu? Teringin sangat ayahngah nak
dapatkan lagu tu sebelum ayahngah pejam mata.
Kepada Pakdo tu... tak terasa ke zaman kecik kecik dulu?






Kirim email ke