Maklumat lanjut dihttp://gklnpublishinghouse.blogspot.com

 Judul-judul terbaru 2008 di GPH!    1) MENGGELEDAH NURANI

Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang 
menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini 
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. 
Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat 
peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta 
manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, 
sosio-politik, serta isu-isu semasa. Naskhah ini turut menghimpunkan 
puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 
2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 
2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.-GPH-


2) BAHASA BUMI

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang 
menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, 
Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa 
Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Lailati Mahat dan ramai 
lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut 
pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Jepun, 
India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, 
dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan 
teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu 
semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 
penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai 
usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 
buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI)
 yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-


3. MENGEMIS DI KOTA LARANGAN

Judul: Mengemis di Kota Larangan
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Rebecca Ilham, Hafez Iftiqar
Halaman: 180
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-1-5
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN merupakan antologi susulan kepada Sayembara Cerpen 
Grup Karyawan Luar Negara 2008 yang berlangsung pada awal tahun ini. 
Menghimpunkan 15 buah cerpen, karya-karya yang termuat dipilih dari sekian 
banyak penyertaan yang diterima untuk sayembara tersebut, termasuklah 5 buah 
cerpen terbaik yang dipilih untuk menerima hadiah. Keseluruhan cerpen 
mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang 
penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan 
ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada 
kekeluargaan dan kasih sayang.-GPH-

Senarai cerpen: 1) Mengemis di Kota Larangan 2) Wahidah dan Secebis Tabah 
Khalilullah 3)Jihat ideologi Duka Andalus Lama 4) Usrah Terakhir di Penarek 5) 
Warkah Buat Rabiah 6) Inkarnasi Samuel di Nazareth 7) Wira 8) Mencerakinkan 
Kelabu 9) Impian Galsan Tschinag 10) Idealis 11) Kerna Cinta Zulaikha 12) 
Sayang Tak Terungkap 13) Manik-manik Berdebu 14) Sempadan Khaliq 15) Hadiah 
Dari Langit
Senarai penulis: Rebecca Ilham, Muhaimin Sulam, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, 
Siddiq Osman, Lailati Mahat, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Muhd Syukri Rosli, Emil 
Azhar, Rifhan Rasuli, Saiful Haq, Badriyah Ali, Noor Ayuni CZ


4) PAKEJ 2008



Dapatkan 1 set (3 judul buku) dengan harga RM42 termasuk pos.
- Menggeledah Nurani
- Mengemis di Kota Larangan
- Bahasa Bumi

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran 
tempahan (judul dan naskhah) kepada [EMAIL PROTECTED] atau hubungi Fahd Razy di 
0122968901 (nombor ini sah sehingga 7 September sahaja)
PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku.


MOHON HEBAHKAN PROMOSI INI. TERIMA KASIH.

       
---------------------------------
 Not happy with your email address?
  Get the one you really want - millions of new email addresses available now 
at  Yahoo!

Kirim email ke