TUNAS CIPTA Kembali daripada HIBERNASI (www.celikhuruf.blogspot.com) Setelah berehat dan berhibernasi selama hampir dua tahun majalah Tunas Cipta dikhabarkan akan kembali menemui khalayak. Saya antara salah seorang yang berasa cukup bahagia. Pada akhir-akhir keluarannya, Tunas Cipta menjadi pilihan untuk saya mengasah bakat kreatif. Baru beberapa ketul puisi tersiar terdengar pula khabar bahawa majalah untuk penulis muda itu akan ditutup (Edisi terakhir Disember 2006). Aduhai... alangkah kecewa ketika itu.
Syukur hari ini khabarnya cukup mengembirakan. Saya percaya bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada ramai pengkarya muda yang lain. Berikut saya siarkan sedutan daripada laman http://www.dbp.gov.my/ Tunas Cipta majalah sastera untuk remaja terbitan baru Dewan Bahasa dan Pustaka,yang berkonsepkan karya kreatif akan diterbitkan sebagai wadah bagi penulis- penulis baru tanah air berkarya. Sidang Editor majalah Tunas Cipta mempelawa penulis-penulis baru/remaja untuk menghantar karya cerpen, puisi (lama dan baru) drama/ teater, rencana sastera, dan aktiviti sastera remaja kepada:Puan Padilah Haji Ali (Ketua Editor) ([EMAIL PROTECTED]) Puan Noraini Abd. Hamid (Editor) ([EMAIL PROTECTED]) Puan Nazira Mohd Noor (Penolong Editor) ([EMAIL PROTECTED]) _________________________________________________________________Alhamdulillah, melalui laman web DBP, berita gembira ini telah pun disahkan. Majalah Tunas Cipta akan diterbitkan semula mulai Oktober 2008!p/s: Ayuh, kita mengasah bakat. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com -- Be Yourself @ mail.com! Choose From 200+ Email Addresses Get a Free Account at www.mail.com
