Saya teringin sangat nak sertai bengkel ini, tetapi tidak dapat cuti. Lagipun 
pada 16 dan 17 Ogos ni saya kena mengikuti kursus di pejabat dan 18 Ogos pula 
adalah hari peperiksaan bagi setiap peserta kursus.Jadi nak cuti tak boleh. 
Apapun, saya hendak mengucapkan selamat berbengkel.
 
Kepada rakan-rakan dalam ruangan ini dan yang berkesempatan, saya rasa amat 
wajar mereka menyertai bengkel ini untuk menambah ilmu. Bukan mudah untuk 
menguasai ilmu ini, apatah lagi pendaftaran yang dikenakan hanya RM5 iaitu 
bayaran paling murah berbanding ratusan ringgit atau ribuan ringgit bayaran 
dikena bagi kelas-kelas IT yang dianjurkan oleh syarikat multimedia.
Rebutlah peluang ini. Jangan tanamkan sikap "tak per" dalam diri kita. Jangan 
sekali-kali, kerana "tak per" itu akan menyebabkan kita sentiasa dalam kerugian.
Renung-renungkanlah.


--- Pada Jum, 8/8/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: { PESISIR } Terkini- Senarai peserta bengkel Laman Blog Pesisir 16 Ogos
Kepada: [email protected], [EMAIL PROTECTED]
Tarikh: Jumaat, 8 Ogos, 2008, 10:41 PM






Senarai Mereka yang mendaftar sebagai peserta sehingga malam 8 Ogos 08

1. Hashim Latiff
2. Rosleha Che Othman + 2 orang
3. Aminuddin Mamat
4. Aziz Che Man
5. Zizie Stapa

Pendaftaran masih dibuka.

Dengan hormatnya Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) melalui Unit ICT
dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Tumpat, akan mengadakan Bengkel
ICT seperti berikut:

Tarikh: 16 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari.
Tempat: Pejabat Penerangan Daerah Tumpat.Kelantan

Tajuk Bengkel: Bengkel bina dan kendali laman blog serta e-mel.

Penyertaan: Terhad kepada 15 peserta sahaja (6 PC - 9 Laptop)

Dimaklumkan kepada sesiapa yang berminat sila membuat pendaftaran awal
melalui sms ke No Hp: 0129032948 atau e-mel [EMAIL PROTECTED] com

- Pendaftaran RM 5.00 (lima sahaja).
-Kepada mereka yang miliki laptop adalah diminta bawa laptop sendiri untuk
sertai bengkel .

Terima kasih.

Ediramle Ismail
Su Unit ICT PESISIR.
 














      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. 
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke