SELEPAS gagal menyaksikan novel fiksyen sejarah yang memutarbelitkan sirah Rasulullah berada di pasaran, penulis The Jewel of Media, Sherry Jones cuba ‘menyeludupkan’ bukunya melalui penerbit di Serbia, BeoBook.
Bagaimanapun, percubaan jahat itu berjaya digagalkan apabila kumpulan pendesak Islam memprotes pengedaran buku yang mencampuradukkan sirah Ummul Mukminin, Aisyah Abu Bakar dengan khayalan songsangnya di kedai buku di seluruh Serbia. Penerbit BeoBook menarik balik pengedaran buku itu pada 17 Ogos lalu dan terpaksa meminta maaf terhadap tindakan penerbitan mereka susulan protes komuniti Islam di Serbia. Jones bagaimanapun masih tidak berpuas hati, lalu menulis surat pembaca ke akhbar harian Serbia, Blic, yang melahirkan kekecewaan terhadap tindakan BeoBook itu. Sebelum ini, Random House di Amerika Syarikat (AS), menarik balik buku itu ekoran amaran daripada sarjana dan pakar keselamatan yang menganggap buku itu berupaya mengundang kemarahan yang lebih besar berbanding The Satanic Verses oleh Salman Rushdie dan penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad di Belanda. http://kawat.blogspot.com Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
