Datuk Gundut Bohok Puntut Bohok pun
mahu bertanding. Pilihan raya kecil Permatang Pauh atau P44. Biarpun
lawannya sudah diketahui umum bukan calang-calang.

Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang CVnya dari pemimpin mahasiswa dekad 70-an
kepada Timbalan Perdana Menteri kepada graduan ‘universiti kedua’ Sungai Buloh.

Atau
Datuk Arif Shah Omar Shah yang seperti diuar-uarkan juak-juak dan
biduanda parti sebagai bertemu buku dengan ruas kerana sudah pun menjadi ‘Ahli 
Parlimen Permatang Pauh’ kerana mesra rakyat dan mesra alam.

Atau Hanafi Mamat, yang tentulah hebat orangnya kerana sanggup tunggu ilham, 
baru mahu turun berkempen.

Tetapi
Datuk Gundut bertekad mahu bertanding. Datuk Gundut tidak takut dan
bukan pengecut. Dia tidak ada rekod hitam atau seluar dalam tak basuh atau 
kondom terpakai dalam almarinya.

bacaan lanjut di Kawat.blogspot

 Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.

________________________________
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.


      

Kirim email ke