UMAT Islam selalu dikaitkan dengan emosional apabila membantah penghinaan dan serangan terhadap Islam termasuk Rasulullah, isteri baginda dan para sahabat. Mereka yang berdemonstrasi, membantah dan menggesa pihak yang menghina itu dikenakan tindakan atau bahan penghinaan diharam serta ditarik balik, sering dituduh bersikap tergesa-gesa tanpa terlebih dulu membaca atau menyelidiknya.
Ini berlaku pada novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie atau kartun menghina Nabi Muhammad oleh kartunis Belanda atau filem Fitna oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders. Rasanya tidak ramai yang membaca The Satanic Verses, melihat kartun atau menonton filem Fitna. Yang terbaru ialah novel cereka (baca: putar belit) sejarah, The Jewel of Medina karya pengarang Amerika Syarikat (AS), Sherry Jones, yang memutarbelitkan sirah Aisyah Abu Bakar, isteri kepada Rasulullah saw. Oleh kerana The Jewel of Medina sehingga sekarang tidak dapat diterbitkan selepas penerbit asalnya, Random House, menarik balik pengedaran dan penerbit BeoBook terpaksa membatalkan rancangan penerbitan di Serbia, maka tidak ramai yang dapat membaca novel itu. Versi The Jewel of Medina: Aisyah pulang ke Madinah dengan membonceng kuda yang ditunggangi Safwan dengan tangannya memeluk pinggang lelaki itu, manakala pipinya disandarkan ke bahu Safwan. Versi sebenar: Aisyah pulang ke Madinah dengan menaiki unta Safwan dengan sahabat Rasulullah itu menarik tali unta berkenaan, manakala sesetengah versi pula mengatakan Safwan berada jauh di belakang unta Aisyah tanpa dapat melihat isteri Rasulullah itu, tetapi cukup untuk memastikan unta tidak tersesat. 9 Putar belit dalam Jewel of Medina di http://kawat.blogspot.com Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
