Selepas Islamonline menyiarkan kritikan novel oleh Marwa Elnaggar terhadap novel songsang sejarah, The Jewel of Medina, karya pengarang Amerika Syarikat (AS), Sherry Jones, laman web Islam itu menerbitkan tulisan Jones sendiri.
Tindakan Islamonline, seperti yang ditegaskan mereka, adalah untuk mengambil sikap objektif dengan memberi peluang kepada pengarangnya untuk menyuarakan pandangan. Berikut adalah catatan Jones dan saya hitamkan pada bahagian yang masih mengelirukan atau sekurang-kurangnya menjawab mengapa novel itu dilihat sebahagian pengkritiknya sebagai mengelirukan sejarah dan terpesong daripada hakikat yang sebenar. Bagaimanapun, untuk memahami isu membabitkan kontroversi ini, baca juga entri yang terkandung di bawah label anti-Islam blog Kawat. Berikut tulisan Sherry Jones:- Saya menulis novel saya untuk menghormati Islam Oleh: Sherry Jones Saya menulis novel The Jewel of Medina, untuk menghormati Islam. Saya menulisnya untuk menghargai Aishah binti Abu Bakar, isteri Nabi Muhammad yang paling muda dan paling dicintai dari kalangan isteri Baginda, sekali gus wanita yang hebat dari segi keintelektualan, kecerdasan dan kekuatan yang membantu dalam membentuk takdir agama agung di dunia. Saya juga mahu mengangkat Nabi Islam, Muhammad, dengan menggambarkan baginda sebagai haik hati, lembut, bijaksana dan taat pada agama yang menghormati wanita dan memberikan hak-hak yang tidak pernah dimiliki sebelum itu kepada mereka; baginda yang memberikan segala-galanya apa yang dimiliki kepada golongan miskin dan baginda yang menasihati pengikut-pengikutnya untuk melalui jalan yang aman serta berperang untuk mempertahankan diri saja. Saya tahu sebahagian orang tidak akan menyukai buku saya. Lagipun, The Jewel of Medina mempotraitkan Muhammad sebagai manusia sebenar dan Aishah sebagai wanita yang sebenar, lengkap dengan unsur kelemahan, berdepan godaan dan kekurangan. Sebahagiannya mempercayai kedua-duanya ialah sempurna, meskipun Muhammad berkata dalam al-Quran bahawa baginda juga manusia tidak kekal. Bacaan lanjut di http://bukunota.blogspot.com Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
