Terima kasih kepada YM Raja atas sponsor dan kesanggupan untuk baca sajak
pada hari perjumpaan nanti.

Kepada sdr. Hashim tak perlu bimbang sdr dikecualikan daripada baca sajak.
Kerana menulis dan membaca sajak adalah dua perkara yang berbeza walaupun
ianya boleh  digandingkan.

Saya juga akan baca sajak dan kalau tak cukup sebuah boleh dua sekalipun.
Ini kerana  wap-wap sebagai bekas setiausaha masih lagi ada sedikit
sebanyak. Lepas majlis perjumpaan nanti saya serahkan sepenuhnya tugas
sebagai setiausaha  kepada su 1 dan su 2 yang ada sekarang ni dan saya
kemudiannya  akan meneruskan peranan sebagai su unit ICT pesisir  bagi
menempatkan PESISIR di mata umum dan mewujudkan pesisir antara salah
sebuah persatuan penulis yang memanfaatkan penggunaan teknologi ICT dalam
kalangan ahli-ahlinya.

Saya juga akan terus merakam aktiviti pesisir dan menempatkannya di
internet untuk tatapan dan kenangan bersama.

Diharapkan pada perjumpaan nanti kita semua akan merasa seronok dan paling
utamanya pertemuan itu nanti bakal merangsang kepada bekas-bekas penulis
seperti saya untuk kembali berkarya kerana alangkah ruginya kiranya saya
diberi sedikit bakat dan kebolehan dalam penulisan sedangkan saya tidak
menulis.

Selamat berhari raya dan sekali lagi diucapkan maaf zahir dan batin.
Kepada yang bercuti selamat bercuti diucapkan. Kepada rakan-rakan di
perantauan selamat pulang diucapkan.

Ediramle Ismail
selepas sahur hari ke 28 Ramadhan.






On Sun, September 28, 2008 4:52 am, hashim latiff wrote:
saya hanya tukang makan dan tepuk aje.  nak baca sajak, saya bukan seorang
penyajak.  cukuplah saya jadi pemerhati saja kerana daripada menunjukkan
keteloan kita,  labih baik mendiamkan diri.  kita rasakan seronok pada
hari itu walhal ada juga yang tak seronok.  justeru jangan dipaksa mereka
yang tak seronok.

--- On Sun, 9/28/08, rajaothman rajaibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: rajaothman rajaibrahim <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya
Pesisir
To: [email protected]
Date: Sunday, September 28, 2008, 1:05 AM

            salam untuk semua warga PESISIR,Nampaknya saya kena sedia
banyak microfon la,sebab ramai nak tunjuk bakat terpendam
tu,ada secara solo dan ada juga secara berkumpulan. tak apa
jangan risau saya sedia 5 microfon,cukup ke??? satu set
karaoke pelbagai lagu raya dan lagu-lagu top hit,era 60an,70an
dan lagu-lagu evergreen... . setuju tak???//dan saya pun nak
bersajak gak pada hari tu...harap-harap sdr edi kena rakam
dalam pelbagai sudut tau,..baru nampak gempak...manakala ttg
jamuan tu,saya akan sponsor ......nak tanya dulu..nasi dagang
atau laksa kelantan atau penang.Sebab dok asyik cerita Man
laksa aja.sila respon..DAN SATU LAGI TENTANG BAYARAN DEWAN TU
SAYA DAH SETTLE.ok

 SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI RAJA OTHMAN
SEKELUARGA.

2008/9/24 Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com>


Macam nilah...kita toksah dok debat pasal siapa baca puisi, siapa kena
nyanyi dan siapa tukang tepuk. Oleh kerana bahagian tepuk makin banyak,
jadi saya syorkan semua ahli jawatankuasa yang hadir termasuk ahli-ahli
yang akan dipilih secara rawak nanti WAJIB ambil bahagian. Apa macam
semua?


Saya rasa kalau dua tiga orang yang baca sajak dan nyanyi, tak sampai pun
satu jam. Mentang-mentang dah jumpa ni, kita gomol habis habis. Ambil masa
dua tiga jam pun tak apa. sebab ni kira sebahagian daripada suasana @
sambut raya jugak.


Dan untuk makluman rakan-rakan, lepas raya ni saya ditukarkan ke edisi
utara (Pulau Pinang, Perlis dan Kedah) pulak. Sinar Harian terus menyinar
di utara. Jadi, saya antara staf yang diberi tanggungjawab mengendalikan
edisi baru itu. Insya-Allah mula 6 Oktober ini. SELAMAT HARI RAYA.



--- Pada Rab, 24/9/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
Subjek: Re: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya
Pesisir

Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com, [EMAIL PROTECTED] ups.com
Tarikh: Rabu, 24 September, 2008, 1:10 PM





Tentang pembaca puisi tu kita akan cuba uruskan. Untuk dua tiga orang
mungkin tak jadi masalah.

Selain Supian Hanuman dengan puisi dari Johornya , saya kira ketua 2 tidak
keberatan untuk baca puisi dan saya juga akan cuba cari puisi untuk

dibacakan pada perjumpaan tu nanti.

Edi

On Wed, September 24, 2008 12:18 pm, Nazmi Yaakub \(Bukunota\) wrote:
saya cadangkan adakan bacaan puisi. paling kurang lima enam orang. senang
saya nak buat story sikit. sebab kalau perjumpaan raya, tak sedap utk buat

story.

Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.

____________ _________ _________ __
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.


----- Original Message ----
From: Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com>
To: [EMAIL PROTECTED] .com

Sent: Wednesday, September 24, 2008 11:46:16 AM
Subject: Re: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya
Pesisir

Kalau semua orang nak bertepuk-tepuk, kita panggil aje " Majlis Tepukan

Raya" tapi siapa sebenar nak buat persembahan ni...? nampak kena panggil
artis jugak nih,... Sebenarnya perjumpaan dan pertemuan adalah agenda
terpenting, takde nyanyi-nyanyi pun tak pe rasanya..... kita pun tahu

orang-orang kita bukan kaki nyanyi pun... tapi sedialah sepatah dua
kata-kata ( Ucapan Raya ) yang mungkin berhikmah atau membuatkan sesiapa
yang mendengar terfikir-fikir dan mahu berfikir, bagi yang jaga makan
minum uruslah sebaik mungkin , jangan sampai tak de makan minum pulak,

saya rasa kalau ada 50 orang yang sanggup hadir pun pecah rekod kita....
ko
 guano ? Hanuman pun dah berhenti nyanyi ( Lagu Daerah ) sejak Ramadhan
tahun ni ( Bersara Awal ) kerana di Muar ni.... tak dok orang nak dengar (
Tak Faham bakali ) sebab tu terus tawar diri jadi hos eje...tk


On 9/23/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
Mungkin kali ini kita dapat dengar persembahan daripada ketua 1 yang
mungkin akan memdeklamasikan sebutir sajak atau sebiji lagu (kalau boleh
lagu dendang perantau).


Ucapan selamat hari raya boleh dikira sebagai persembahan juga.
Memandangkan bakat-bakat pesisir masih terpendam, saya bersedia untuk
menyanyikan 0 buah lagu untuk hiburan semua.

Ediramle

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


On Wed, September 24, 2008 9:49 am, scarlet pimpernel wrote:
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA HARIRAYA MEMEBAWA MAKNA YANG TERSENIDIR BAGI SETIAP DARI KITA.

Untuk majlis hariraya nanti, mohon kecualikan
 saya dari apa-apa
persembahan kerana saya akan menguruskan makanan dan minuman. lagipun,
alangkah malang kalau tiba-tiba hujan turun tika saya menyanyi atau
berpuisi. tentu hilang keseronokan kita.

----- Original Message ----

From: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Sent: Tuesday, September 23, 2008 9:26:05 PM
Subject: Re: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya

Pesisir

agak lama tidak mencelah. apa pun kawe juga mengambil sikap macam sdr.
manzaidi. jadi tukang tepuk dan pemerhati. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf Zahir Batin. Kunjung mengunjung itu satu keakraban.


--- On Tue, 9/23/08, Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com> wrote:

From: Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com>

Subject: Re: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya
Pesisir
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Date: Tuesday, September 23,
 2008, 9:19 AM

Saya dah jangka tuan akan memberikan satu persembahan yang paling penting
dan mustahak dalam perjumpaan tu, siapa persembahan tanpa tepukan..... Ok
la tu... Maaf Zahir Batin.

On 9/22/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

Juga pastikan mana-mana ajk yg nak nyanyi tu, anak-anak ada dgn isteri.
jangan nanti jadi mcm kawan kita dlm Man Laksa...nyanyi lagu Jefri Din "Di
lembah sungai nan indah..." tiba-tiba gendong anak. hahahaha. Saya takut

ada ajk kita jadi mcm tu. Saya dari awal lagi dah booking untuk ambil
bahagian sebagai pemerhati dan tukang tepuk..

--- Pada Isn, 22/9/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>

Subjek: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya Pesisir
Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com
Cc: [EMAIL PROTECTED] ups.com
Tarikh: Isnin, 22 September, 2008, 9:17
 AM

Dimaklumkan kepada semua warga pesisir yang akan menghadiri perjumpaan
Hari Raya Pesisir yang akan diadakan pada 3 Oktober 2008 di Dewan Teratai
Pantai Sri Tujuh bermula 8.30 pagi.

Tuan/puan diminta bersedia dengan sajak atau bentuk persembahan atau

ucapan untuk memeriahkan lagi majlis yang bakal diadakan.

Tuan/puan diminta mendaftarkan bentuk persembahan yang akan ditampilkan
kepada sdr. Hanuman sebelum acara bermula bagi melicinkan acara.

Ediramle.


* Saya sempat juga menonton Man Laksa. Bagus ceritanya,ada kelainan.

On Mon, September 22, 2008 7:47 am, Supian Hassan wrote:
maksud saya majlis tu akan jadi hambar dan selumbar

On 9/21/08, Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com> wrote:

>
> Mintak Sdr Edi, susun jgk siapa yang akan tampil baca sajak atau
> sebagainya, takut ada yang tak redy majlis hampir, hos pun hilang punca
> ,
> jadi mcm cerita Man
 Laksa.
>
> On 9/20/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
>>
>> Dengan hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke perjumpaan Hari Raya
>> Persatuan Penulis Tumpat ( PESISIR )

>> seperti berikut:
>>
>>
>> TARIKH: 3 OKTOBER 2008 (JUMAAT)
>>
>> MASA: 8.30 PAGI - 12.00 TGH
>>
>> TEMPAT: DEWAN TERATAI PANTAI SRI TUJUH, TUMPAT, KELANTAN

>>
>>
>> SEMUA AHLI PESISIR, SEMUA AHLI EGROUPS PESISIR, SEMUA PENULIS , SEMUA
>> BAKAL PENULIS, SEMUA AKTIVIS PERSATUAN PENULIS DAN TUAN/PUAN SEKELIAN
>> DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA.

>>
>> ACARA: PERJUMPAAN SILATULRAHIM, BACA SAJAK, JAMUAN HARI RAYA, UCAPAN
>> DAN
>> LUAHAN RASA PENULIS SEMPENA AIDILFITRI.
>>
>> Keterangan lanjut sila hubungi
>> Ediramle Ismail

>> Setiausaha Unit ICT
 PESISIR
>> TEL: 0129032948
>> e-mel [EMAIL PROTECTED] com <edi%40kokpasir. com>
>> [EMAIL PROTECTED] com <ediramle%40kokpasi r.com>
>>

>> http://www.pesisir. net

____________ _________ _________ __
Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain

mendapatkannya!



      Percuma! Perisian penentang virus dan adware (perosak).

Muat turun Yahoo! Toolbar sekarang.

















































Kirim email ke