Gambar-gambar perjumpaan pesisir yang diadakan pada 3 Oktober 2008 bertempat di Dewan Teratai Pantai Sri Tujuh Tumpat, Kelantan.
http://hariraya08.pesisir.net http://www.pesisir.net Terima kasih kepada semua . Saya anggap perjumpaan kali ini begitu memuaskan dari segi pengisian dan kehadiran. Persoalan kita sebelum ini terjawab, tentang siapa yang nak baca sajak, siapa yang nak ucapkan selamat hari raya dan siapa yang nak nyanyikan lagu selamat hari raya dan siapa yang sempat hadir dan pelbagai persoalan yang dibincangkan sebelum ini. Saya percaya, ramai lagi rakan-rakan yang bercadang untuk hadir, tapi memandangkan hari ni masih lagi hari raya ketiga , maka begitu padat program dan aktiviti yang perlu dihadiri. Jadi kehadiran hari ini adalah cukup memberangsangkan dan saya secara peribadi merasa sangat berpuas hati. Ediramle Ismail SU Unit ICT PESISIR
