Assalamualaikum kepada rakan-rakan taulan.
Rasanya, hari ini masih ada lagi rakan perantau kita beraya di kampung halaman. 
Yang pasti, saya, sdr Hanuman Khan dan sdr Zakaria sudah pun bertolak ke 
detinasi masing-masing. 
 
Kepada rakan2 yang sedang dan akan bertolak/berkenderaan, saya nasihatkan 
hati-hati di jalan raya dan sentiasa berhemah. 
 
Saya selamat sampai di KL (Shah Alam) tepat jam 6.32 pagi (04hb Okt 08/Sabtu). 
Saya bertolak dari rumah jam 9 mlm dan terperangkap dalam trafik di Jambatan 
Tendong, Chabang Empat Lampu Isyarat Tunjung dan simpang tiga Ketereh. Di tiga 
tempat ini saja sudah ambil lebih 2 jam masa saya (Biasanya kalau bukan musim 
perayaan, dua jam tu dah sampai di bandar Gua Musang).
 
Yang seronoknya perjalanan saya malam tadi ialah saya sorang-sorang je dalam 
sebuah kereta. Sepatutnya ada seorang rakan (budak Grafik), tapi disaat-saat 
akhir hantar SMS nyatakan dia demam (biasala... jarang2 balik kampung, dapat 
cuti pulak tiga hari, mana cukup. Jadi, terpaksalah dapatkan cuti alternatif - 
mc).
 
Memandu seorang diri dari Kelantan ke KL adalah suatu pengalaman yang 
menyeronokkan. Di situ saya boleh test suara saya, best ke tak. Saya pasang 
lagu dan saya nyanyi kuat-kuat. Rupa-rupanya, best betul suara saya. Nyesal tak 
karaoke kat Pantai Tujuh kelmarin. Hehehehe.  (motif sebenar ialah nak 
hilangkan rasa kesik, sunyi atau takut).  
 
Kepada Sdr Zakaria dan Supian, saya doakan selamat sampai ke destinasi. begitu 
juga rakan-rakan yang lain seperti cikgu Asmui, Tuan Supritendan Shafie, 
selamat maju jaya. Kepada Ayahnda, selamat menimbang cucunda. 
 
Panjang umur, kita jumpa lagi. Assamualaikum.

--- Pada Khm, 2/10/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: { PESISIR } Gambar-gambar program tautan kasih
Kepada: [EMAIL PROTECTED], [email protected], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Tarikh: Khamis, 2 Oktober, 2008, 9:16 PM






Hari ni masuk raya kedua. Malam tadi kami beberapa orang ajk memasang 3
buah khemah untuk persiapan program (majlis) Tautan kasih bersama perantau
yang kami anjurkan. Dekat sampai 12 malam baru siap dan selepas tu masih
sempat berbual-bual.

Pagi ini persiapan tempat masih lagi dijalankan. Program luar dewan begini
walaupun kecil , agak banyak juga tugasan yang perlu dibuat.

Pukul 3.00 petang majlis bermula, pada mulanya tak seberapa orang yang
datang , maklum saja hari ni hari raya masih hari kedua dan masing-masing
dengan kesibukan menziarahi sanak keluarga dan sebahagiannya persiapan
kenduri dan ramai juga yang telah mengadakan majlis berbekwah hari ni.

Tunggu 3.45 kira yang datang walaupun tidak begitu ramai, tapi
alhamdulilah kerana warga sasaran iaitu perantau yang balik kira boleh
tahan juga memberi sokongan terhadap program ini.

Majlis dimulakan dengan doa dan diikuti ucapan pengerusi wakil penduduk
dan juga wakil perantau mukim kok pasir. Satu acara yang telah sekian lama
difikirkan ialah memartabatkan sukarelawan kampung untuk dianugerahkan
sebagai tokoh sukarelawan peringkat kampung. untuk kali pertama ini
anugerah sukarelawan mukim kok pasir diberikan kapada Allahyarham
Hj.Abdullah Yusoff (diterima oleh ahli keluarganya) , bekas seorang
aktivis masyarakat kampung yang aktif sebelum ini.
Kami bercadang nak bagi anugerah sukarelawan kampung seorang setiap tahun.
Anugerah itu untuk kali pertama ini hanyalah sijil penghargaan dan sedikit
hamper dan plug. Mungkin di tahun-tahun akan datang penghargaan itu akan
dipertingkatkan.

jam 4.30 acara sukaneka dimainkan, kami hanya sempat bermain dua acara
saja iaitu sepak likung dan main bola awal (mungkin ini mengembalikan
kenangan pada tahun-tahun 60-an dulu).

Selepas itu jamuan hari raya dimulakan . Antara kuih yang sempat
disediakan ialah yang istimewanya sagung (rujuk gambar yang dipautkan),
dodol, putu beras, ketupat daun palas, tapai daun getah, tapai daun
pisang, nasi kampit dan satu dua kuih yang agak tradisional.

Untuk minuman kami sediakan air batu sirap dimasukkan biji selasih
senduknya kami guna gayung tempurung kelapa sebagai simbolik untuk
mengembalikan kenangan kepada perantau.

Gambar-gambar kenangan sempat saya (Ediramle Ismail) rakamkan dan
ditempatkan pada pautan

http://tautankasih. pesisir.net (ini kerana ruang di hosting kokpasir.com
dah nak penuh)

http://tautankasih. pesisir.net

juga lihatlah makanan sagung yang dimaksudkan.
sebagai hidangan istimewa majlis tautan kasih

http://tautankasih. pesisir.net/ image12.html

 














      Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke