Ya, saya setuju sangat jika Pesisir dapat adakan satu atau dua program lagi. 
Kali ini saya harap program itu dapat melibatkan ahli lama dan ahli baru. 
 
Sudah sampai masanya ajk yang berjawatan guru dapat menarik minat anak murid 
mereka yang aliran sastera menyertai Pesisir sebagai ahli muda atau ahli tunas 
Pesisir.
 
Pada saya, banyak program yang Pesisir anjurkan mempunyai kaitan rapat dengan 
pembelajaran dan aliran minat mereka. Cuma kita tidak berusaha ke arah itu. 
 
Pesisir sebenarnya boleh buat begitu, sebab pada saya, lebih separuh daripada 
AJK Pesisir adalah guru kanan. Dapat lima ahli dalam satu sekolah pun dah 
cukup. Pada saya, ramai jugak pelajar berminat dalam sastera, cuma barangkali 
mereka tidak tahu macam mana mereka hendak lakukan, pada siapa mereka hendak 
jembor (nak sua) dan apa yang mereka dapat.
 
Ayuh, kita lakukan perlahan-lahan dalam menarik minat golongan pelajar. Mereka 
ini 
bakal menjadi penganti kita. Mereka akan mewarisi Pesisir untuk tahun akan 
datang. 
 
 


--- Pada Sel, 7/10/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: { PESISIR } Masih ada ruang untuk aktiviti
Kepada: [email protected]
Tarikh: Selasa, 7 Oktober, 2008, 2:23 PM






Sekarang hampir pertengahan bulan Oktober
Tahun ini masih tinggal dua bulan lebih lagi.
Rasanya Pesisir boleh adakan satu atau dua aktiviti lagi sebelum menjelang
tahun 2009.

http://www.pesisir. net

Ediramle Ismail

 














      Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke