Sebentar tadi, Novelis berbangsa Perancis yang dianggap pengarang kosmpolitan dunia, Jean-Marie Gustave Le Clézio, diisytiharkan memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan jam 7 malam waktu Malaysia.
Dalam satu temu bual yang saya ikut melalui tv web dari Stockholm, antara karyanya yang harus dibaca ialah Revolution. Cuma belum pasti sama ada ia sudah diterjemah ke bahasa Inggeris atau belum. Saya harap Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengambil langkah segera dengan menterjemahkan karyanya sekurang-kurangnya sebuah dalam tempoh sebulan dua ini. Saya cuba kemas kini beritanya dari semasa ke semasa di http://kawat.blogspot.com. Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
