Tak ada kena mengena dengan duit atau pitih Kok yang digunakan di belah
Siam.
Ada kg-kg yang saya sendiri tak pernah dengar pun .byk juga ye.... mungkin
ramai yang tak pernah mengkaji atau tahu tu....boleh buat modal tulis novel
atau cerpen.

2008/11/6 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>

>   Sekadar untuk dikongsi info.
>
> Di Tumpat kampung-kampung yang bermula dengan Kok sekurangnya ada 22 buah.
>
> - Kesemuanya (Kecuali Kok Seraya) berada tidak lebih daripada 5 kilometer
> dari pesisir pantai.
> - Kebanyakannya tanah berpasir dan di kelilingi sawah padi.
> - Kg. Kok tidak ada di kawasan Wakaf Bharu.
> - Kg. Kok selalunya berhubung kait dengan pokok , haiwan dan nama orang,
> ada yang berkaitan dengan jenis tanah.
> - Kok dipercayai bermakna tanah yang agak tinggi berbanding kawasan
> sekitarnya.
> - Kebanyakan kg. Kok tidak ditenggelami semasa banjir (bukan semua).
> - Dipercayai majoriti penduduk kg. Kok terdiri daripada petani.(atas
> anggapan saja - kerana kampung-kampung kok dikelilingi sawah padi).
> - Ada kg Kok yang penduduknya melebihi 3,000 orang dan ada yang hanya
> sekitar 30 orang.
> - Hanya ada 2 buah Sekolah Kebangsaan yang bermula dengan Kok di Daerah
> Tumpat.
> - Tidak ada sebuah pun sekolah menengah di Kg. Kok.
>
> Kg. yang bermula dengan Kok di Daerah Tumpat
>
> 1. Kok Pak Dibuk
> 2. Kok Semeru
> 3. Kok Mek Song
> 4. Kok Gambir
> 5. Kok Bedullah
> 6. Kok Beluru
> 7. Kok Pauh
> 8. Kok Seraya
> 9. Kok Pak Keh
> 10 Kok Terbuk
> 11 Kok Pinang
> 12.Kok Kenik
> 13. Kok Terap
> 14. Kok Kebit
> 15. Kok Teluk
> 16. Kok Majid
> 17. Kok Keli Satu
> 18. Kok Keli dua
> 19. Kok Jerat
> 20. Kok Bachok
> 21. Kok Pasir
> 22. Kok Si,ro (kok siro)
>
> Dan mungkin ada lagi nama kampung yang bermula Kok di daerah Tumpat yang
> tidak disenaraikan di atas.
>
> Ediramle Ismail
>
> 
>

Kirim email ke