Aidil Adha dan Musim Tengkujuh ( www.celikhuruf.blogspot.com ) DISEMBER, seperti tahun selalunya merupakan musim-musim akhir bumi dicabar oleh fenomena alam seperti banjir dan tanah runtuh. Khabar dari Pantai Timur bertiup sekencang angin pada musim tengkujuh. Beberapa batang sungai utama mulai melimpah. Malah baru semalam kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa.
Selain sentiasa berwaspada dalam mengharungi musim-musim yang sukar, kita juga digalakkan agar sentiasa memohon dari Tuhan. Hujan yang mencurah turun semoga mendatang rezeki dan rahmat, bukan mengundang petaka yang dasyat. Dan ... redha, demi Tuhan atas apa yang berlaku tentu saja ada rahmat tersembunyi. Dalam minggu ini pastinya ramai yang akan pulang berhari raya di kampung halaman. Orang Pantai Timur lebih-lebih lagi akan berpusu-pusu memenuhi jalan-jalan utama ke Pantai Timur. Semoga tahun ini tidak seperti tahun yang lalu di mana tragedi tanah runtuh di Jalan Kuala Krai - Gua Musang telah merencatkan perjalanan. Mengheret cabaran perjalanan selama lebih 12 jam ke Pantai Timur more entry @ www.celikhuruf.blogspot.com ----- Original Message ----- From: "Ediramle Ismail" To: [email protected] Subject: Re: { PESISIR } MENCARI SIDIQQIN Date: Sun, 30 Nov 2008 23:37:10 +0800 (MYT) Kalaulah ketika ini hujan yang turun di sini berpindah tempat dan turun selebat ini di gurun padang pasir yang kering tandus di Benua Afrika sana mungkin beberapa hari atau beberapa minggu atau bulan selanjutnya tanah lapang itu akan ditumbuhi rumputan dan pohonan yang menghijau yang nantinya ada yang mengeluarkan buah dan isi yang banyak. Hari ini hujan turun mencurah-curah di Kelantan dan khabarnya banjir sedang melanda di beberapa tempat dan air lebihan itu segera mencari lautan untuk mengembalikan keseimbangan agar tidak terlalu lama menenggelamkan tanaman dan sayuran dan menenggelamkan ayam serta menimbulkan itik. Kita seperti tidak menghargai lagi air ketika ini. Manusia ini pelupa sungguh. Mudah melupakan kemarau bila hujan turun dan mudah melupakan hujan bila kemarau membahang. Ketika kita sedang hangat berselimut dengan selimut tebal kita lupa ada orang yang terpaksa berpindah randah dan menggigil kesejukan. Selamat bulan baru Disember. Menjelang awal tahun 2009 saya tidak membaharu azam kerana azam tahun 2008 dimulakan pada bulan Julai tidak pada bulan Januari seperti selalunya. Salam Edi On Sun, November 30, 2008 11:04 pm, hashim latiff wrote: Salam... lama tak menulis di email. sesekali terbingkas bilah-bilah rindu untuk melontarkan sesuatau yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama. justeru, hari ini saya menulis selepas menyiapkan satu set cerita kanak-kanak sebanyak enam buah. penat menulis saya layari: blog mencari sidiqqin. kepada rakan-rakan, layarilah blog tersebut untuk mencari damai di hati. www.mencarisidiqqin.blogspot.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Sajak untuk Antologi Dalam Talian PESISIR hantar ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- Be Yourself @ mail.com! Choose From 200+ Email Addresses Get a Free Account at www.mail.com [Non-text portions of this message have been removed]
