assalamualaikum,
 
apa yang ditulis olrh saudara kita aziz che soh ini perlu dijadikan pedoman dan 
pegangan. terima kasih ziz...  kirimkan selalu tulisan peringatan begini...

--- On Tue, 11/11/08, Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } KEMBALIKAN KEMULIAAN DALAM DIRI
To: [email protected]
Date: Tuesday, November 11, 2008, 11:08 PM










                KEMBALIKAN  KEMULIAAN   DALAM DIRI

     Kadang-kadang  diri kita mudah sangat lupa bila  berada dikemuncak  
kejayaan ini.Kita  anggap  diri kitalah sentiasa diperlukan dalam apa-apa  
hal,biarpun  secara langsung  atau tidak langsung.Membuatkan diri   kita itu 
dipandang mulia,diagungkan, disanjung atau dipuji sepanjang masa.Mahupun  
pujian atau pujaan itu melalui sura tmenyurat,SMS, panggilan telefon, internet, 
terpapar kerapkali nama seseorang itu di dada akhbar-akhbar, majalah, buku, 
radio, televisyen, catatan di dalam laman-laman   blog peribadi dengan  catatan 
bilangan nisbah  pengunjung  yang tertinggi dan sebagainya.

  Situasi  ini  adakala membuatkan diri kita terselit rasa ego,sombong, bangga 
diri dan  mahu dirinya  dikenali oleh orang lain selalu. Kita menganggap diri 
kita ini selalu  menjadi perhatian masyarakat umum sepanjang masa, menyebabkan 
kita tenggelam dalam jutaan kebanggan.Apatah  lagi bila  kita anggap setiap 
e-mel yang kita terima atau  garap di dalam mana-mana  e-grop, blog peribadi, 
blog persatuan  dan sebagainya. Seolah-olah kita  merasakan kitalah jaguh di 
dalam ilmu  pengetahuan, jaguh berfalasafah, bermadah pujangga, bersajak, 
bersyair, berseloka dan sebagainya. Kita menganggap kitalah orang yang  berilmu 
tinggi dan akan sentiasa  menjadi bahan rujukkan untuk diri orang lain yang 
memerlu-
kannya selalu. ( tidak semuanya ).

   Kita jangan lupa, hidup bangunnya kita ini hanyalah sementara sahaja, bukan 
untuk  menongkat langit  dan menahan bumi ini sepanjang masa yang selalu kita 
pijak ini. Adakala diri kita akan ada pasang surut, jatuh bangun, seperti mana 
melonjaknya  naik turun pasaran saham di papan-papan bursa saham itu.Justeru 
itu waspadalah selalu diri kita ini, kerana halatuju diri seseorang itu 
bukannya lama, pasti ada  para pelapis dan penganti akan muncul selagi Maha 
Pencipta itu wujud selama-lamanya. Kelalaian diri kita yang terlajak ini 
bolehlah kita muhasa-
bah selalu di hadapan cermin hidup itu, kerana cerminlah satu-satunya makhluk 
tuhan yang tidak pernah berbohong atau berdusta dalam  keperibadian diri 
seseorang  itu.

    Teringat saya  akan kata-kata  Yang berbahagia Ustaz Wan Akasah sewaktu 
beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid As- Syaadah, Di Penjara 
Kajang,Selangor tempohari . Menurut  beliau sombong,ego, bangga diri seseorang 
itu  mengikut  taraf  masing-masing. Contohnya penjual roti canai akan cemburu 
,dengki  sesama dengan penjual roti canai juga, tidak akan berlaku dengki atau 
sombong penjual roti canai dengan seorang tukang  kasut ,meskipun  berniaga 
sebelah menyembelah. Secara perbandingan ini bolehlah kita simpulkan 
bahawa,kita  sebagai seorang sastera akan dicemburu, dengki, sombong, ego dan 
sebagainya sesama taraf  kita juga. Terpulanglah samada kita mahu menerima 
kenyataan ini atau tidak, yang penting biarlah segala-galanya kita  bermula itu 
dengan nawaitu ikhlas kepada Pencipta Nan  Satu, kerana DIA-lah  yang Maha 
Mengetahui  segala-galanya.

Kiriman:  Eziz Shukman,
               Ahli  Lama  PESISIR,
               Tumpat,Kelantan.


Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel 














      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke