Mencari Erti Pengorbanan ( WWW.CELIKHURUF.BLOGSPOT.COM )

MENGHAMPAKAN harapan bukanlah suatu perkara yang mudah. Melibatkan soal
hati dan perasaan. Melibatkan jiwa-jiwa yang halus. Namun, kekangan dan
halangan kadang-kadang meletakkan diri sendiri dalam situasi tersepit.
Perubahan rencana asal segalanya berlaku sekilas jangka. Saya juga tidak
menduga, sedang segala persiapan sudah siap diatur. Namun, saya tetap
redha.
Dalam suasana semangat pengorbanan setuasi tersepit antara tuntutan tugas
dan perencanaan masa depan meletakkan diri saya dan keluarga sekarang ini
dalam dilema. Mencuri ruang waktu untuk melaksanakan satu tugas penting
di pejabat memaksa saya mengorbankan harapan sesetengah pihak. Manakala
pengorbanan isteri meledani kembara ilmunya di Institut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia merencatkan rencana yang lain.
Rancangan asal untuk saya pulang menunaikan ibadah korban di kampung
halaman terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Atas beberapa tuntutan
yang mengekang, saya mengambil situasi ini sebagai suatu ujian iman dalam
menempuh pengorbanan hidup. Bukankah hidup itu sendiri satu pengorbanan?
Biarpun saya sudah berjanji (sekali lagi gantung harapan) untuk pulang
menebus kembali, namun tidak mungkin sama dengan hatapan pertama yang
dibina.
Tahun ini saya hanya 'mengirim nyawa' sahaja untuk sebahagian daging
korban bagi pihak keluarga saya yang tiga beranak ini. Selebih satu
pertiga itu jua saya hanya berserah kepada keadaan yang menentu. Kalau
ada rezeki...adalah!
Selamat menyambut eiduladha, maaf zahir dan batin. Semoga setiap
pengorbanan yang telah kita lalui semata-mata untuk mencari redha Ilahi.
Insya-Allah.
p/s: Sebagai penutup 2008, saya merenung kembali ke belakang. Ternyata
tahun ini menuntut beberapa pengorbanan yang melibatkan perasaan.
PERTEMUAN DENGAN SAHABAT2 DI PESISIR MUNGKIN BOLEH DIATURKAN SELEPAS 12HB
DISEMBER 2008.

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke