saya sebenarnya turut berminat juga tentang kursus penulisan skrip drama tv, 
tapi saya lebih berminat lagi dalam bidang penulisan skrip filem animasi. ada 
sesiapa yang tahu format penulisan skrip animasi tak?

--- On Fri, 12/12/08, hashim latiff <[email protected]> wrote:

From: hashim latiff <[email protected]>
Subject: Re: { PESISIR } Dari Sajak ke Batu Permata
To: [email protected]
Date: Friday, 12 December, 2008, 7:48 AM






saya dah kursus skrip drama tv, tapi sayang, saya tak tahu nak bawa kemana 
skrip saya tu.  kalau dengan penerbit yang 'kenal lalat', saya tak jamin.  
boleh tak sdri berikan alamat atau phone no penerbit yang boleh dipercayai?

--- On Thu, 12/11/08, wan zainab saupik <wanzainab_saupik@ yahoo.com> wrote:

From: wan zainab saupik <wanzainab_saupik@ yahoo.com>
Subject: Re: { PESISIR } Dari Sajak ke Batu Permata
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Thursday, December 11, 2008, 10:53 PM

Ingin juga rasanya berkongsi pengalaman dlm dunia penulisan ini...
Saya mula menggilai bidang penulisan sejak entah bila. Rasanya ketika dlm 
darjah dua sudah ada sebuah buku berkulit keras yg saya tulis bermacm2 cerita. 
Itu sekadar hobi dan luahan perasaan terutama ketika sedih atau gembira.
Sejak itu sy mula menulis diari. Bukan diari biasa seperti orang lain tetapi 
diari dari buku tebal berkulit keras yg sy beli di kedai runcit. Tarikh pd 
diari itu sy tulis sndiri. Diari sy bnyk tentang luahan rasa...atau pengalaman 
baru yg menarik..Di situ sebenarnya dunia penulisan sy bermula.
Saya juga rajin membaca. Pertengahan tahun 70an kakak selalu membeli buku2 
sajak. Kakak juga hampir setiap bulan membeli Dewan Sastera. Saya selalu 
membaca karya2 di buku dan majalah tersebut sehingga saya rasa karya2 tersebut 
semakin mencetuskan minat saya dlm dunia penulisan.
Ketika di sekolah menengah saya menghasilkan karya dalam majalah sekolah setiap 
tahun. Karya saya walaupn cuma setahun sekali lahir dlm majalah sekolah tp amat 
membanggakan sy. Apalagi bila kwn2 memuji. Saya seperti ada peminat sendiri 
bila setiap hujung tahun ada yg bertnya: awak ada hantar karya ke majalah 
sekolah. Ketika di tingkatan 1-3 sy bnyk berpuisi dan berpantun..naik tingkatn 
5-6 sy mula menulis cerpen. Setiap tahun ada yg datang pada sy dn memberi 
pujian yg cerpen saya menarik. Saya amat bangga bila ada yg memuji. Pujian 
sebenarnya menambah keyakinan diri saya untuk terus menulis.
Di tingkatan 6 rendah tiba2 guru bahasa Malaysia  memanggil sy bertemu 
dengannya di perpustakaan. Rupanya dia ingin saya terus berkarya. "Awak ada 
bakat dalam bidang penulisan. Cuba hantar sajak dan cerpen awak pada majalah 
atau surat khabar". Seminggu selepas itu, kakak yg tau minat penulisan dlm diri 
sy berkata, "sampai bila nk biarkan lipas baca karya2 kamu?"
Saya terkelu. Saya tidak punya mesin taip ketika itu. Ada sebuah sy tengok d 
rumah nenek, milik sepupu sy yg sy anggap dia tidak akan meminjamkan mesin 
taipnya pada saya. Lama sy terpinga2 dengan masalah ini sehinggalah kakak 
membawa pulang sebuah mesin taip terpakai yg sy sendiri terlupa dr mana kakak 
mendaptkannya. Saya mula menghantar sajak ke Dewan Sastera, MIngguan 
Malaysia..tp karya sy tidak pernah disiarkan.
Ketika menanti keputusan peperiksaan STP sy ke Kuala Lumpur ke rumah kakak. 
Kebetulan abang ipar mengenali saudara Sutung Umar RS. Saya diperkenalkan 
dengan beliau yg ketika itu bekerja di bahagian majalah DBP. Bila beliau 
membaca sajak2 saya, komen yg diberi ringkas tp penuh makna.. karya awak ada yg 
baik dan ada yg teruk. Awak berbakat tetapi karya2 awak belum mencapai standard 
untuk diterbitkan di Dewan Sastera. Saya tidak terkilan malah saya bangga bila 
ada orang memuji yg saya ada bakat.
Tidak lama selepas itu saya bekerja di Penerbitan Adabi (sekitar tahun 1978). 
Ketika itu Penerbitan Adabi menerbitkan majalah aktual (seperti dewan pelajar) 
dan juga majalah Widya (seperti majalah Dewan Masyarakat). Kerja sy ketika itu 
sebagai kerani yg membuka surat2 dan karya2 kiriman pembaca atau penulis, 
memasukkannya ke dalam satu fail dan memastikan fail tersebut diletakkan di 
atas meja editor. Saya mengambil kesempatan tersebut dengan meletakkan cerpen 
saya di tempat paling atas dalam fail tersebut. Saya tidak menulis nama saya 
pada cerpen tersebut. Saya tidak mahu karya sy diterbitkan kerana saya bekerja 
di syarikat tersebut. Dada saya berdebar bila bos saya, editor bg majalah 
aktual dan widya keluar dr biliknya dan bertanya siapakah penulis cerpen di 
tangannya itu. Saya katakan itu karya saya. Cerpen pertama saya dengan judul 
'Siapakah Dia' lahir pada bulan itu juga. Saya mendapat cek bernilai rm30 untuk 
cerpen tersebut.
Dunia penulisan sy terhenti bila sy berumahtangga. Dalam kesibukan mengurus 
rumahtangga dan melayan anak2 yg lahir selang setahun saya sempat menyetai 
Sayembara menulis Novel Remaja anjuran Penerbitan Variapop. Saya mendapat 
Hadiah saguhati dan Novel tersebut dengan judul 'Sebentuk Cincin Seutas Rantai' 
merupakan novel pertama saya. Ada harga yg terpaksa sy bayar ketika menyiapkan 
novel novel tersebut dalam masa 2 minggu. Anak sy yg berusia 2 tahun ketika 
itu, yg begitu aktif jatuh dr almari yg dipanjatnya sehingga luka di dagu dan 
menerima 4 jahitan. Saya nampk wajah muram suami sy yg seakan menyalahkan sy 
kerana terlalu leka menaip... dan sejak itu sy terfikir untuk melupakan dunia 
yg amat sy minati ini..
Namun dunia penulisan seakan sudah sebati dlm diri saya. 4 thn selepas itu 
novel ke 2 saya lahir, kemudian novel ke 3 saya. Tetapi kerana novel2 itu 
diterbitkan oleh syarikat penerbitan yg agak kecil, pasarannya tidak begitu 
meluas. Namun ada beberapa surat yg sampai ke meja syarikat penerbitan tersebut 
yg memuji novel2 sy.
Hari ini, dalam usia menjangkau 50 thn pd April tahun depan, sudah tidak lagi 
bekerja mulai Disember ini, saya merasa ruang untuk sy menulis terlalu banyak. 
Saya boleh duduk di depan komputer seberapa lama yg saya inginkan. Sy sendiri 
nekad, dlm usia emas ini, selepas hilang lelah menjadi seorng pekerja, sy bebas 
menulis. Gangguan keluarga juga rasanya tidak ada kerana anak yg paling bungsu 
pn sudah 19 thn dan akan melanjutkan pelajaran d uitm hujung bukan ini... Jadi 
impian saya... SAYA AKAN MULA MENULIS SEMULA.... 
Tambahan: Ahad 14.12.08 sy akan menghadiri kursus penulisan skrip drama dan 
filem d Finas..Semoga sy mendapat menafaat dr kursus yg sy hadiri itu.
Soalan saya: TERLALU TUAKAH SAYA UNTUK KEMBALI MENJADI PENULIS?

____________ _________ _________ __
From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
To: pesi...@yahoogroups .com; kelantan-kita@ yahoogroups. com; 
kokpa...@yahoogroup s.com; tum...@yahoogroups. com
Sent: Wednesday, December 10, 2008 8:30:56 AM
Subject: { PESISIR } Dari Sajak ke Batu Permata

Sekadar berkongsi pengalaman (Cerita tentang diri sendiri).

Tahun sebelum 1977. Tak tahu apakah sebenarnya yang diinginkan.
Pada tahun 1977 mula berkenalan dengan sajak dan terus menulis sajak
sebaik sahaja baca beberapa buah sajak. Kemudian pernah baca satu tulisan
yang mengatakan untuk jadi seorang penyair antara syaratnya perlu baca
sekurangnya 10,000 buah sajak. Masa tu mulalah mengumpul sajak di
mana-mana sahaja terjumpa. Di akhbar, di majalah di buku-buku puisi,
antologi dan kumpulan puisi.

Kegilaan menjadi lebih teruk bila hampir sepanjang hari bersama sajak dan
sampai tidak dapat menulis prosa. Di mana-mana baca sajak, di mana-mana
tulis sajak.

Ketika masuk askar masih lagi dengan sajak. Berlarutan hingga 1990.

1990 perubahan berlaku setelah mendapat kerja tetap untuk kali kedua
selepas bekerja sebagai penoreh dan di ladang sawit antara tahun 1985
hingga 1989.

Pada tahun 1990 telah mula bermain dengan persatuan NGO dari persatuan
penulis ke persatuan belia , bekas Tentera dan beberapa persatuan lain.
Satu ketika pernah pegang 5 setiausaha dalam satu masa.

Ketika itu sajak telah semakin perlahan lari dari diri dan semakin tidak
datang.

Tahun-tahun 1990 hingga 2000 adalah tahun yang dipenuhi oleh aktiviti
persatuan. Sehingga sajak semakin menjauh. Apabila menyedari yang
berpersatuan tambah lagi sebagai setiausaha persatuan tiga empat persatuan
sekali gus ini membuatkan penulisan semakin menjauh.

Tahun 2000 semakin cuba untuk melupakan persatuan kerana sayangkan
penulisan. Tahun 2000 mula letak jawatan setiausaha beberapa persatuan .
Rasa lega sikit.

Bagaimanapun kegilaan baru pula datang iaitu ICT . Mulalah siang malam
bersama komputer dan internet , bersama e-mel dan egroup yang dimulai
sejak 1998.

Tak juga dapat kembali semula ke dunia penulisan. Perasaan ingin kembali
ke dunia penulisan tetap ada.

Disamping kegilaan dalam ICT turut serentak juga mula mengemari astronomi.
ketika itu mulalah mencari sumber-sumber sehingga cuba mengenal bintang di
langit , planet di langit dan bermacam jisim di langit. Dan pernah
mengeluarkan kata-kata bahawa sesuatu bangsa pasti tidak akan maju tanpa
menguasai Angkasa.

Ketika itu cuba menulis. Mujur juga dapat disiapkan sebuah novel tentang
angkasa lepas.

Kegilaan terhadap ICT masih juga berjalan seperti biasa , begitu juga
dengan persatuan tak dapat ditinggalkan terus , tetapi minat terhadap
astronomi telah menjadi kurang dan tidak lagi menjadi kegilaan.. Ini
berlangsung sehingga tahun 2008.

Tahun 2008 sekali lagi berubah. Semuanya berpunca daripada ICT. Kali ini
masuk ke suatu ruang yang lebih mencabar dan begitu luas.

Tahun 2008 mula mengemari hal-hal yang berkaitan dengan Kuasa Minda. Dari
situ mula mencari hal-hal yang berkaitan dengan kuasa minda bawah sedar. 
Dunia ini juga menyeronokkan dan semakin pergi semakin jauh dan menjadi
semakin dekat dengan perubatan altenatif dan perbomohan.

Kegilaan ini membuatkan terpaksa mengali tulisan-tulisan yang berkaitan
dengan kuasa minda dan menjalar kepada hal-hal yang berkaitan dengan
pernafasan dan berkaitan dengan perubatan serta aura.

Dari aura mula mengenal kristal. Dari situ seperti kembali ke satu tempat
di mana mula cuba mengenal jenis-jenis batu permata. Mula cuba mengenal
janis-jenis batu akik, delima ,zamrud, kecubung dan pelbagai.

Selepas ni nak ke mana pula. Perjalanan belum selesai. Sesungguhnya
perjalanan ini sungguh menyeronokkan. Tapi apakah mungkin dapat ku kejar
semuanya secara serentak. Tapi cukup percaya selagi menumpukan kepada NGO
sudah pasti segala hasrat bakal tidak tercapai.

Ruang yang hanya sempat dijenguk tapi tak sempat dimasuki walaupun agak
berminat ialah fotografi dan penanaman . Ruang perniagaan boleh berada di
mana-mana saja dalam dunia minat itu.

Dunia permata ,dunia kuasa minda, dunia ICT, dunia Sajak , dunia novel,
dunia astronomi,juga dunia NGO rupanya hampir sama saja.
HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MAKNIKAM.

Ediramle Ismail
http://www.kokpasir .com

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

 














      Get your new Email address!
Grab the Email name you&#39;ve always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke