Ketika mengakses internet menggunakan komputer yang disambungkan dengan networking komputer yang digunakan pernah memberi peringatan tentang berlakunya ip conflicts dengan salah sebuah komputer lain. Ini membuatkan proses mengakses menjadi begitu perlahan atau hampir sama sekali tidak dapat mengakses.
Gejala ini tidak sahaja berlaku semasa mengunakan komputer, tetapi juga berlaku dalam diri, dalam masyarakat dalam keluarga dan di mana-mana sahaja. Conflicts atau yang bermaksud seakan pertentangan atau litar pintas yang berlaku dalam diri dalam penetapan matlamat membuatkan matlamat yang ditetapkan adalah agak sukar untuk dicapai atau berkemungkinan tidak akan tercapai sama sekali. Mungkin konflik dalam diri adalah antara tidak berkepentingan dengan perlu berkepentingan. Adakalanya sukar juga membezakan antara yang positif dan yang negatif. [Non-text portions of this message have been removed]
