Kepada rakan-rakan penulis Pesisir semoga peluang baik ini tidak dilepaskan.

Semoga sama-sama kita dapat ikuti bengkel yang bakal diadakan nanti yang 
dijangka pada 7 Feb 2009 bertempat mungkin di UMK. 





  ----- Original Message ----- 
  From: Mohd Rozlan Mohamed Noor 
  To: [email protected] 
  Cc: [email protected] 
  Sent: Monday, January 19, 2009 8:19 PM
  Subject: { PESISIR } Tarikh Sayembara dilanjut


  SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI UTM-KUMPULAN UTUSAN : TARIKH TUTUP
  DILANJUT

  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan
  telah menganjurkan Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat
  Kebangsaan 2008. Penganjuran ini masih dibuka sehingga sekarang di mana
  tarikh akhir penghantaran penyertaan telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos
  2009.

  Sayembara ini bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi
  daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan,
  tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

  Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antaranya tempat pertama dengan
  hadiah wang tunai RM 15,000.00, tempat kedua RM7,500.00, tempat ketiga RM
  5,000.00 manakala lima pemenang hadiah saguhati akan menerima wang tunai
  setiap seorang RM 2,500.00. Kesemua pemenang hadiah utama dan saguhati
  akan turut menerima watikah dan trofi.

  Selain itu, karya yang menang juga akan diterbitkan oleh pihak Utusan
  Publications & Distributors Sdn Bhd.

  Sempena dengan penganjuran sayembara ini juga satu siri bengkel penulisan
  akan turut diadakan. Bengkel yang meliputi lima negeri di Malaysia ini
  akan memulakan sesi pertamanya di Johor Bahru pada 31 Januari 2009.
  Manakala bengkel yang sama akan dianjurkan di Kota Bharu, Kelantan, Alor
  Star,Kedah, Sabah, dan Sarawak pada minggu-minggu yang berikutnya. Orang
  ramai yang berminat dijemput untuk menyertai bengkel yang diadakan.

  Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara ini bolehlah
  menghubungi saudara Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian
  07-5218166 / 019-7557760 atau saudara Rozlan Mohamed Noor dari Utusan
  Publications & Distributors Sdn Bhd di talian 03-92856577 / 012-3828353.

  Maklumat juga boleh didapati dengan melayari www.penerbit.utm.my atau
  www.mybooks.com.my

  ----------------------------------------------------------

  MOHON SAHABAT2 UAR-UARKAN BERITA INI.

  SEBARKAN SELUAS ALAM!

  Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com

  -- 
  Be Yourself @ mail.com!
  Choose From 200+ Email Addresses
  Get a Free Account at www.mail.com

  [Non-text portions of this message have been removed]



   


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke