Mencanai Kreativiti di Hotel Quality SIRI kedua Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan kembali ke Kuala Lumpur pada Sabtu ini. Bengkel sehari ini akan diadakan di Hotel Quality, Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi.
Penulis dan pengkarya terutama yang berhasrat mencuba genre Sains dan Teknologi dialu-alukan untuk hadir ke bengkel ini. Banyak info berguna akan dibentangkan oleh panel-panel yang berwibawa. Antara panel pembentang ialah Dr. am...@hamidah Abdulhamid (Anis), Prof. Dr Ahmad Zaki Abu Bakar, En. Saleeh Rahamad, dan Editor Kanan UP&D Puan Azah Abdul Aziz. Pendaftaran juga boleh dibuat ketika hadir di lokasi bengkel. Yuran RM50 dikenakan termasuk bahan-bahan perbengkelan dan makan minum. Hubungi saya (03-92856577) atau Yosman Mohd Bain di talian 019-7557760 untuk maklumat lanjut.p/s: Lihat di www.penerbit.utm.my untuk borang penyertaan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com -- Be Yourself @ mail.com! Choose From 200+ Email Addresses Get a Free Account at www.mail.com [Non-text portions of this message have been removed]
