Tarikh tutup Sayembara Fiksyen Sains dilanjutkan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan kini
menganjurkan Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat
Kebangsaan 2008. Penyertaan untuk sayembara ini telah dilanjutkan
sehingga 31 Ogos depan.

Sayembara ini bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi
daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan,
tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antaranya tempat pertama dengan
hadiah wang tunai RM 15,000, tempat kedua RM7,500, tempat ketiga RM 5,000
manakala lima pemenang hadiah saguhati akan menerima RM 2,500 setiap
seorang.

Kesemua pemenang hadiah utama dan saguhati akan turut menerima watikah
dan trofi. Selain itu, karya yang menang juga akan diterbitkan oleh
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Sempena dengan penganjuran
sayembara ini juga satu siri bengkel penulisan akan turut diadakan.
Bengkel akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan, Alor Star, Kedah, Sabah,
dan Sarawak pada minggu-minggu yang berikutnya. Orang ramai yang berminat
dijemput untuk menyertai bengkel yang diadakan.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara ini bolehlah
menghubungi Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian
07-5218166/ 019-7557760 atau Rozlan Mohamed Noor dari Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd di talian 03-92856577/ 012-3828353.

Maklumat juga boleh didapati dengan melayari www.penerbit.utm.my atau
www.mybooks.com.my

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke