Republik Pisang yang kemudian ditukar namanya jadi Banana Republic,
jadi sedikit kecoh. Ekoran satu artikel tulisan seorang profesor tua.
Profesor itu tulis betapa prestasi pelajar dalam Sains dan Matematik di
Republik Pisang, telah merosot.
Profesor tua itu hanya
menakalkan laporan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS 2007). Sama seperti sebuah negara yang berbentuk jantung
pisang, skor Matematik pelajar Republik Pisang merosot daripada 508
pada 2003 kepada 471 mata. Ajaib juga, kemerosotan skor Sains pelajar
Republik Pisang juga sama dengan pelajar negara di hujung tanah besar
Asia itu, merosot daripada 510 kepada 471 mata.
Sebenarnya
Republik Pisang jalankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003, serentak dengan
majlis gilang-gemilang penukaran nama negara kepada Banana Republic.
Sangka
Tuan Presiden D, PPSMI dan penukaran nama negara bakal melonjakkan
negara sebagai negara maju pada 2019. Nanti, semua rakyat yang belajar
PPSMI bukan saja akan jadi bijak pandai Sains dan Matematik, bahkan
pakar linguistik bahasa Inggeris. Pada 2019 nanti, kalau sendawa, terus
sebut excuse me. Kalau mahu makan, terus baca doa mula dengan with the
name of God. Kalau kentut pun, slangnya pun bahasa Inggeris, biar pun
baru lepas makan petai dan jering.
Bersambung ke Kawat
Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.
________________________________
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
[Non-text portions of this message have been removed]