Cerita tentang hantu dan makhluk halus masih belum lagi berakhir dan ianya tidak pernah berakhir.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada sdr. Honggagah kerana sentiasa sudi berkongsi pengalaman mengenai kisah-kisah hidupnya yang sangat menarik . Begitu juga dengan pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh sdr. manzaidi dan rakan-rakan lainnya yang banyak membantu. Dalam perbincangan yang lepas saya temui satu perkara yang nampaknya begitu berharga dan sekarang sedang menyelak-yelak helaian maklumat berkenaan perkara yang berkaitan. Ediramle * Ingin aku mengembara dari sajak ke angkasa dari angkasa ke batu permata, dari batu permata ke minda bawah sedar dan dari minda ke mata batin dan ingin berakhir ke dalam hal-hal keagamaan. * Aku mulai merasai kagum dengan kehidupan. Dalam ratusan ribu tahun lampau dan mungkinnya ratusan ribu tahun mendatang hanya dalam puluhan tahun sekarang aku hidup dalam kesedaran sebagai seorang diri dan kiranya tanpa hidup masa kini, aku tidak pernah tahu mengenai kehidupan keseluruhannya. Selepas ini setelah pergi meninggalkan kehidupan di dunia fana ini aku tidak lagi peduli dengan apa yang berlaku di bumi.
