Siapa yang tengok Datuk Haah tergelak besar semalam? Datuk Has dan Pak Mad Janggut ketawa biasa-biasa saja, tapi Datuk Haah tergelaknya, memang haah! Datuk Haah siap terbongkok-bongkok, menekan-nekan perutnya, ketawa. Kecil mulut tetamu, satu nganga Datuk Haah sediakan.
Datuk Haah siap iringi Datuk Has dan Pak Mad Janggut sampai ke tangga serambi rumah. Bukan selalu Datuk Datuk Haah hantar orang balik sebegitu. Kecuali kalau Tok Lah, ketua kampung merangkap Presiden... eh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan, Kebajikan Kampung. Atau Deputinya, Ayah Ji. Kira-kira penghormatan Datuk Haah pada Datuk Has dan Pak Mad Janggut sudah sama penghormatan pada Tok Lah dan Ayah Ji. Bahkan lebih tinggi lagi kerana bukankah hari tu bila Tok Lah minta kajian dipercepatkan, Datuk Haah jawab balik semuanya ikut jadual? Sambung baca lagiiiiiiii di sini, http://kawat.blogspot.com Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet. [Non-text portions of this message have been removed]
