Cuba lihat syiling Malaysia; dari serendah 1 sen kepada satu ringgit.
Atau lihat wang kertas (yang paling mudah dilihat, sudah tentu RM5 dan
RM10; kadang-kadang pula RM50; jarang-jarang pada RM100).
Selain
potret Yang Dipertuan Agong, objek apa lagi yang ada? Pada not RM10,
kita ada kapal terbang (bukan buatan Malaysia); monorail (Perancis yang
reka, kan?) dan juga kapal kontena (ada syarikat pembinaan kapal
besar?).
Di sisi lain RM50, kita ada pelantar minyak. Ok, ok,
pelantar minyak itu kita punya tetapi kita bukan pengeluar minyak dan
gas asli gergasi, kan?
Saya kira kita boleh bersetuju, objek
dalam wang kertas dan syiling kita terlalu kaku. Dan tidaklah terlalu
unik untuk dikatakan kita saja memiliki objek itu.
Mengapa kita
tidak meletakkan gambar sesuatu yang melambangkan ketamadunan kita.
Sesuatu yang hidup dan semangatnya boleh dirasai dan dikongsi.
Mengapa
tidak sasterawan atau budayawan atau ahli bahasa atau tokoh pemikir? Ho
ho ho, sebelum anda mentertawakan saya, tahukah anda isu ini sudah
disinggung oleh akhbar Korea Selatan terhadap not won mereka?
Teruskan baca di Kawat.blogspot
Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.
________________________________
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
[Non-text portions of this message have been removed]