MENCARI YANG BERGARDA DEPAN

DISULAM lontaran suara di pentas puisi laman Beringin Istana Budaya, saya
sempat berwacana singkat bersama Marsli NO. Beliau yang dalam diam saya
kagumi dalam singkat-singkat berdiskusi sambil sesekali ditingkah suara
penyair.
Yang terkesan dan terisi pada diskusi sesingkat itu ialah mandala
pencarian karya yang bergarda depan atau jua boleh jadi ditanggapi
sebagai sedikit luar konvensional. Beliau tentu sahaja merujuk
pengkaryaan itu dalam genre cerpen juga puisi. Dan, apabila sekelumit
provokasi saya tentang karya-karya eksperimental beliau berpandangan,
"eksperimental tetapi berasas." Yang saya faham pencaknya tidak sembrono.
(betulkan saya abang Marsli).
Menyedut sedikit pandangan daripada pengkarya dari negara jiran,
Indonesia, maklumat dari Marsli NO mengatakan ada pandangan berkata
bahawa sastera di negara kita seolah sedang membentuk trend berjalan ke
belakang. Seperti selesa dengan suatu tahap pengkaryaan berabad yang
lalu. Saya kira sudut itu dilihat dari aspek teknik dan kandungan karya.
Jadi, cetusan ini sengaja sahaja meranduk ingin dan tahu di dalam diri
saya, apakah pengkarya itu yang sengaja membentuk trend sedemikian atau
media dan khalayak yang mahukan yang begitu. Karya garda depan (avant
garde) tentu sahaja tidak mampu muncul saban hari, saban bulan dan saban
tahun, tetapi apakah sudah bersedia kita mengenepikan selera kasar untuk
menerima karya-karya bergarda depan?
Dan, apakah faktor lain yang menyebabkan sesuatu karya muncul di khalayak
dalam bentuk dan rupa sedemikiannya. Ada orang akan bertanya kepada 'si
penjaga gate', manakala tidak kurang akan membuat persepsi ke atas
penilai-penilai karya terutama bagi yang disaring melalui mana-mana
sayembara. Siapa itu?
Sekadar mencetus, mengutip pandangan dan memeriahkan perkongsian. Saya
buka dengan bebas, kerana saya ini sekadar peminat kesusasteraan tanah
air.
p/s: Pertemuan singkat dengan Marsli NO pada Malam Puisi Utusan 2009
membungakan ceria di hati saya. Yang saya tunggu-tunggu selama ini juga.


Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

Kirim email ke