Terima kasih kepada sahabat saya, sdr cikgu Wa dan sdr Hashim. Sehingga kini dua rakan sudah dialam siber kembali. Rakan-rakan lain di mana? Kalau ada kesempatan, hatta lima minit pun jengahlah ke emel dan jawablah. Sekurang-kurangnya taip "kawe ada nih", "kawe sihat", "kawe sibuk sikit" dan lain-lain ayat yg ringkas tapi padat pun sudah tak apa. Sebagai orang yang kemaruk lepas demam, tak dapat makan nasi, bau ikan selar kuning goreng pun dah cukup untuk dia menarik nafas lega. Itulah kemaruknya manzaidi yang tinggal jauh dari rakan-rakan dan keluarga.
--- Pada Khm, 9/7/09, hashim latiff <[email protected]> menulis: Daripada: hashim latiff <[email protected]> Subjek: Re: { PESISIR } Kilat di sepertiga malam Kepada: [email protected] Tarikh: Khamis, 9 Julai, 2009, 9:57 AM lama tidak tiba di laman pesisir. rindu rasanya pada rakan-rakan. alhamdulillah, selepas menghalami gangguan, hari ini saya menyelip kembali ke dalam rumah pesisir. macam yang dialami sdr. edi, saya juga begitu. rumah terkena dentuman kuat. petir bagaikan mahu membalas dendam. dentum dentam seperti musim perang indo china. akhirnya modem internet saya lebur tidak berfungsi. rangkaian komputer saya rosak. pc hangit, monitor ic-nya rosak. begitu juga dengan printer. nasib baik ada laptop subsidi. selepas petir, kabel telefon dicuri. begitulah kehidupan. seperti dalam filem. sebenarnya yang di dalam filem itu adalah adaptasi realiti kehidupan manusia di anjung kehidupan ini. 3 bulan terputus hubungan, kini saya kembali dengan broadband celcom. kalu nak curi kabel sokmo-sokmo pun curilah. saya tak kisah. tapi saya kisah dengan perangai manusia. kenapa harus mencuri kepentingan awam untuk kepentingan diri sendiri? kenapa tidak cari kerja lain? kalau nak jadi pencuri, curilah jambatan keretapi kusial, barulah berbaloi. ini tidak. curi kabel telefon berapa sangat dapat. silap langkah kena puntung alu orang kampung. SRS banyak sekarang ni. apa pun kerinduan ini terubat bila melihat nama rakan-rakan di jalur ini. marilah kita sama-sama titik tinta dan pengalaman kerana titikan itu sebenarnya satu keakraban. --- On Wed, 7/8/09, Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com> wrote: From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com> Subject: Re: { PESISIR } Kilat di sepertiga malam To: pesi...@yahoogroups .com Date: Wednesday, July 8, 2009, 3:48 PM saya sendiri pun...setiap hari buka emel, tak ada lagi keceriaan. Amat jarang sekali terima emel dari Pesisir Group. Dulu dapat juga berbalas pendapat bincang hal ehwal semasa yang tajuknya dicetuskan oleh Edi. Di situ, dapat juga baca komen kawan2. Sebenarnya bukan komen yang saya nak baca, tapi tengok nama kawan-kawan pun dah suka sangat. Mungkinkah kita akan jadi generasi tua yang semakin dilupakan? --- Pada Sel, 7/7/09, azle abdullah <azlee...@yahoo. com> menulis: Daripada: azle abdullah <azlee...@yahoo. com> Subjek: Re: { PESISIR } Kilat di sepertiga malam Kepada: pesi...@yahoogroups .com Tarikh: Selasa, 7 Julai, 2009, 10:39 PM agak lama aku tak buka laman pesisir. jadi baru dapat hp manzaidi. edi terus hantar ke hp aku. akhir2 ini suasana terlalu sibuk, lagipun aku sendiri tidak sesuai lagi berenang dilautan pesisir yang makin luas dan dalam... From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com> To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Monday, June 29, 2009 4:28:26 AM Subject: Re: { PESISIR } Kilat di sepertiga malam Nombor aku (manzaidi): kalau tak dapat hubungi no 012 9222001, kau dail no ni 013 9292952, kalau tak dapat juga atau tak berjawab, last sekali kau call yang ni 019 3343855 gerenti dapat. --- Pada Isn, 29/6/09, azle abdullah <azlee...@yahoo. com> menulis: Daripada: azle abdullah <azlee...@yahoo. com> Subjek: Re: { PESISIR } Kilat di sepertiga malam Kepada: pesi...@yahoogroups .com Tarikh: Isnin, 29 Jun, 2009, 6:49 PM assalamualaikum. beberapa telefon/hp kawan-kawan telah hilang, sebab hp hilang. minta edramli dan manzaidi hantar hp masing2 kee hp saya 013-9209900 From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> To: pesi...@yahoogroups .com; tum...@yahoogroups. com Sent: Tuesday, June 23, 2009 8:06:13 PM Subject: { PESISIR } Kilat di sepertiga malam Sebuah catatan biasa. Kok Pasir -Isnin malam Selasa 22 Jun. Kurang lebih pukul 9.20 malam, hujan turun agak lebat, kilat pancar memancar tapi dalam keadaan biasa. Jam 9.40 hujan semakin reda. Kilat semakin menjauh. Jam 9.45 malam , saya buka semula komputer untuk meneruskan siaran radio puisi pesisir . Jam 9.50 malam. Hujan hampir berhenti. Mungkin ketika ini kebanyakan warga telah menghidupkan semula TV dan perkakasan elektrik yang mungkinnya sebahagiannya dimatikan sementara. Jam 9.55 malam ketika sedang bersiaran di Radio Puisi Pesisir. Kedengaran satu dentuman yang agak kuat. Sejalur petir telah mengena sasaran di sebatang pokok kelapa di kawasan sekitar 100 meter dari kediaman. Tak sampai sekelip mata , hampir semua kediaman bergelap. Kebanyakannya suis teroff secara automatik. Beberapa minit kemudian kelihatan rumah-rumah jiran cerah kembali. Tapi rumah saya masih bergelap . Kena panggil juru elektrik datang. Setelah diperiksa didapati wayar dalam box suis ada yang terputus. Juruelektrik kemudiannya menyambung semula.Bekalan elektrik pulih. Saya buka TV, TV ok , buka komputer , Alhamdulillah masih dapat berfungsi. Bila buka modem, rupanya modem telah rosak dan berbau hangit . Peralatan lain iaitu wayar penyambung terbakar icnya dan ketika itu mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Sebentar kemudian, jiran sebelah beritahu, ekonnya rosak dan jiran sebelah lagi TVnya rosak. Pagi 23 Jun dengar khabar ada 2 handphone yang sedang di cas terlambung, Beberapa buah TV di rumah kawasan sekitar rosak. Ada satu tempat wayar elektrik hangus , sebuah rumah hampir runtuh dinding dan almari, ada beberapa buah rumah yang lampu pecah serta merta dan ada yang terpadam lampu. Bagaimanapun tidak ada kecederaan teruk pada manusia . Pengajarannya yang mungkin boleh diambil. 1. Bila dengar petir yang agak kuat lebih baik matikan peralatan elektrik terutamanya. 2. Gunakan peralatan elektrik yang diluluskan. 3. Guna Voltage Stabilizer untuk peralatan elektrik yang sensitif. 4. Musim sekarang cuaca tidak begitu menentu. Sediakan payung sebelum hujan . 5. Kita hanya boleh merancang tapi tidak boleh menentukan. Mencari semua rakan di Yahoo! Messenger? Anda boleh dengan mudah menjemput rakan anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! Akses e-mel cepat. Yahoo! menyarankan anda tingkatkan pelayar anda kpd Internet Explorer 8 terbaik utk Yahoo!. Dapatkan di sini! (Percuma) Akses e-mel cepat. Yahoo! menyarankan anda tingkatkan pelayar anda kpd Internet Explorer 8 terbaik utk Yahoo!. Dapatkan di sini! http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/
