Penulisan Novel PTS 

1). NOVEL KANAK-KANAK

Novel kanak-kanak merangkumi cerita-cerita fiksyen, sains, pengembaraan,
motivasi, tauladan, fantasi dan sebagainya. Satu manuskrip lengkap yang perlu
ditulis dengan 60% dialog dan 40% naratif (lebih kurang 150 muka surat (double 
spacing,
font times new roman saiz 12)). Manuskrip juga haruslah menggunakan kata ganti
nama ketiga (penulis sebagai pencerita bukan sebagai aku).



2). NOVEL REMAJA

Pihak kami juga sedang mencari manuskrip atau novel yang berkaitan dengan
kehidupan remaja sehari-hari dan konflik yang dilalui remaja. Tema boleh
merangkumi persahabatan, hobi, penyiasatan, sains fiksyen dan sebagainya (cinta
hanya dijadikan sebagai pemanis cerita dan tidak boleh menjadi tema bagi novel
remaja). Saudari juga boleh dapatkan buku-buku terbitan kami sebagai rujukan.
Satu manuskrip lengkap yang perlu ditulis dengan 60% dialog dan 40% naratif
(kira-kira 150-180 muka surat
(double spacing, font times new roman saiz 12)). Manuskrip juga haruslah
menggunakan kata ganti nama ketiga (penulis sebagai pencerita bukan sebagai
aku).



3). NOVEL SYOK!

Novel untuk remaja metropolitan. Saudara menghantar SINOPSIS CERITA, CONTOH
SATU BAB (bagi menilai gaya
bahasa) dan BIODATA.Untuk tiga kategori di atas bolehlah berhubung dengan Encik
Nazri B. Mohd Annuar ([email protected])



4). NOVEL DEWASA

Novel dewasa pula merangkumi cerita jibunsyi, sejarah melayu, pahlawan Islam
dan cerita-cerita klasik. Novel cinta tidak diterbitkan oleh PTS.Satu manuskrip
lengkap yang perlu ditulis dengan 70% dialog dan 30% naratif (kira-kira 350-400
muka surat
(double spacing, font times new roman saiz 12)). Manuskrip juga haruslah
menggunakan kata ganti nama ketiga (penulis sebagai pencerita bukan sebagai
aku). Sila hantarkan SINOPSIS, CONTOH SATU BAB dan BIODATA kepada Cik
Norashikin Wahid ([email protected]).



5). NOVEL ISLAMI

Novel Islami harus meliputi salah satu daripada topik-topik berikut:

a). Cinta Islami

b). Perbandingan Agama

c). Kisah perjuangan orang dahulu dan sekarang

d). Adaptasi watak-watak dominan dalam sejarah Islam

e). Isu-isu semasa Islam dan kesan kepada masyarakat Gaya
penulisan adalah gaya
penulisan novel popular tetapi masih menggunakan bahasa Melayu tinggi dan
syariah-compliant.



Sila hantarkan SINOPSIS, CONTOH SATU BAB dan BIODATA kepada Cik Nurul Hafizah
M.Mokhtar ([email protected] / 016-6611 764)



Sila maklumkan bidang penulisan tuan kepada editor setiap syarikat yang
berkaitan. Setiap editor akan menerangkan setiap pertanyaan tuan berkaitan
penerbitan. Hubungi kami di:



pejabat editorial PTS,

No 9-1 & 11-1,

Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati,

53300 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4142 7416 / 7413

Faksimili: 03-4142 7415

Emel: [email protected]

 




      

Kirim email ke