akum rakan-rakan budiman. pada hari raya kedua nanti ada majlis perkahwinan
anak saudara kawe di Kuala Tiga.
kalau tidak ada aral melintang, jemputlah ke majlis itu. makan percuma aje
(tak payah bayar tiket).
kalau nak datang hello sahaja kawe, kawe akan tunggu.
jengoklah pedalaman kerana pedalaman mengajar tuan/puan erti kehidupan
sebenar.
kota hebat dan megah dengan bangunan tinggi menjolok langit, tetapi pedalaman
seni dan unik dengan pokok kayu kayan dan lereng bukit yang menyimpan sejuta
rahsia Tuhan.
kepada teman-teman yang bergelar guru, jengoklah Kuala Tiga. manalah tahu anda
mungkin bertugas di sini, suatau hari nanti.
kalu nak mari hello dulu sebab di sini tidak ada setesen keretapi mahu pun
terminal bas dan teksi.
selamat menyambut hari raya aidiladha.