Melihat antusiasme yang demikian hebat dari bola-mania masyarakat
Indonesia, Utusan Online Malaysia khawatir tiket bakal diborong oleh
orang-orang Indonesia. Berikut beritanya, bahasanya agak lucu ....
++++++++++++++++++
BELI TIKET AWAL - Subahan
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]
KUALA LUMPUR - Pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Subahan
Kamal menyeru peminat tempatan agar mendapatkan tiket perlawanan akhir
pertama Piala Suzuki AFF, Ahad ini lebih awal kerana bimbang Stadium
Nasional, Bukit Jalil akan dibanjiri penyokong Indonesia.
Jelas Subahan, sikap rakyat negara ini yang gemar membeli tiket di
saat akhir harus dikikis kerana mereka perlu sedar perlawanan
membabitkan skuad negara dan Indonesia cukup sentimental buat
kedua-dua pasukan.
''Beli tiket lebih awal, kalau boleh dapatkan beberapa hari sebelum
perlawanan supaya tiket tidak kehabisan kerana diborong oleh penyokong
lawan yang kita memang ketahui cukup bersemangat mahu menonton
perlawanan ini.
''Pastikan kita dapat menguasai suasana di Stadium Nasional pada malam
itu, saya harap lebih kurang 90,000 penyokong kita dapat turun
memberikan sokongan padu buat pemain dan pastikan suasana stadium
bergema dengan jeritan nama negara.
''Pada aksi separuh akhir pertama 15 Disember lalu, saya kurang
gembira kerana hanya 45,000 penonton turun ketika bertemu Vietnam,
saya harap situasi itu dapat diubah, turunlah ke stadium dan datanglah
seramai yang boleh.
''Saya harap Stadium Nasional tidak akan menjadi seperti Gelora Bung
Karno kerana peminat kita tidak hadir atau terlepas mendapatkan
tiket,'' katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) ketika dihubungi, semalam.
Skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagobal akan turun menentang
Indonesia pada Ahad ini sebelum bertandang ke Stadium Bung Karno pada
29 Disember bagi melengkapkan perlawanan akhir timbal balik Piala
Suzuki AFF 2010.
Beliau turut meniupkan semangat di kalangan peminat setia negara agar
yakin dengan kemampuan skuad Malaysia yang terdiri daripada ramai
pemain muda berbakat besar untuk menamatkan penantianmenjulang Trofi
AFF.
''Peminat kita harus menjadi saksi kepada proses kebangkitan bola
sepak negara yang semakin menampakkan kemajuan semenjak Sukan SEA di
Laos, tahun lalu, yakinlah bahawa pasukan ini mampu menjuarai Piala
Suzuki AFF, '' katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S.
Sivasundram berkata, terdapat kemungkinan jualan tiket akan mula
dijual Khamis ini memandangkan Sabtu depan jatuh pada hari cuti umum
sempena perayaan Hari Natal.
''Itu antara cadangan awal yang akan dikemukakan pada mesyuarat yang
akan dijalankanesok (hari ini).
''Selain itu, terdapat cadangan untuk memberikan kuota tiket bagi
penyokong tuan rumah dan lawan, semua itu akan dikaji dan kami akan
putuskan pada mesyuarat jawatankuasa tiket dan pintu nanti, ''
ujarnya.
Malaysia menyingkirkan penyandang juara, Vietnam 2-0 pada separuh
akhir, manakala Indonesia turut mencatat jumlah kemenangan yang sama
ke atas Filipina pada satu lagi saingan separuh akhir.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm
--------------------------------------------------
Official Mailing List: Porsenipar ke IV Tahun 2007
-=== Perumahan BDB2 dan BDB3, Cibinong, Bogor ===-
-= Menjiwai Semangat Kebangsaan dengan Prestasi =-
| Official Website: http://www.porsenipar.web.id |
------- Porsenipar Media Center: 6849-6001 -------