Darihal Media dan Pengamalnya --- Membina atau Membinasa?

 

Bicara Siswa baru-baru ini membahaskan tajuk mengenai status media; adakah ia 
membina–membinasa? Media, sesungguhnya hanya alat. Justeru, ia tidak memiliki 
naluri membina/membinasa. Media hadir seiring kewujudan insan. Tiada insan, 
tiadalah media. Ringkasnya, membina / membinasa itu bergantung kepada kekuatan 
moral pengamalnya.

 

Baik buruk media itu bergantung kepada manusia yang mengendalikannya. Pada 
zaman ini, media dikuasai oleh penguasa sama ada dari sudut pemilikan syarikat 
media dan mereka juga menentukan segala polisi media dalam sesebuah negara.

 

            Dalam hal ini, kata-kata pemimpin Ikhwan Muslimin, seorang pengamal 
undang-undang, Abdul Qadir Audah patut direnungi: “Undang-undang zalim dibawah 
hakim adil akan memastikan keputusan yang adil. Undang-undang adil di bawah 
hakim yang zalim, akan menatijahkan keputusan yang zalim.”

 

Semenjak zaman purba, sistem media dicipta dengan matlamat yang baik seperti 
menghalang musuh dan bencana alam. Geduk-geduk di masjid atau azan dikumandang 
di luar waktu solat misalnya sebagai petanda amaran mengenai ancaman lanun dan 
lain-lain.

            

Di sini, media-media purba telah digunakan untuk membantu masyarakat. Zaman 
penjajahan menunjukkan bahawa media sering digunakan oleh penjajah demi 
menyiarkan doktrin-doktrin mereka. Berita Malai menyiarkan propaganda Jepun dan 
undang-undang mengenai media -- akhbar pula dibentuk oleh British untuk 
mengawal kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu.

 

Sebenarnya, ada banyak perkara yang perlu didebatkan tentang media ini. Hal-hal 
itu seperti persoalan, apakah media dan apa tujuan media itu dibangunkan? 
Ringkasnya, media adalah saluran maklumat kepada manusia, dibangunkan bertujuan 
supaya, dengan maklumat itu, manusia dapat membuat beberapa keputusan dalam 
kehidupan. 

 

Dalam pandangan Islam, al-Qur’an bukan sekadar maklumat, bahkan inti 
saranan-saranan dalam kehidupan yang memandu manusia supaya mereka dapat 
membuat pilihan yang tepat, Iman berbanding Kufur. Namun, Rasulullah s.a.w dan 
Jibril a.s sebagai media perantaraan antara al-Qur’an kepada insan, tidak 
pernah memaksa insan kepada Iman. Di sini, media tidak memaksa, tetapi ia boleh 
memihak dan memujuk dan berkempen kepada manusia ke arah kebenaran dan 
memerangi kebatilan.

 

Pengamal Media Yang Bertanggungjawab

Rasulullah s.a.w sebagai pengamal media cuma memberitakan fakta-fakta rabbani 
mengenai kewujudan Allah s.w.t, syurga dan neraka. Orang yang beriman dan 
beramal soleh beroleh keampunan dan begitulah sebaliknya. Namun, media jelas 
memihak kepada yang benar, iaitu Iman. Cuma, ia tidak akan memaksa kepada jalan 
yang benar. (5:48)

 

Maka, peranan media sebagai pemujukan adalah suatu hakikat yang pasti. Dalam 
Islam, kebebasan bersuara dapat dipanjangkan hatta kepada hal ehwal akidah. 
Dalam kes seorang ateis, ad-Dahri melawan Imam Abu Hanifah dalam debat terbuka, 
akhirnya ad-Dahri telah tewas selepas beliau menumpaskan sekian ramai sarjana 
Muslim. Kita perlu yakin, bahawa dalam suatu ‘pasaran terbuka’ mengenai debat 
idea, Allah s.w.t pasti akan membangkitkan seorang mujaddid untuk menjawab 
setiap permasalahan umat.

 

Dengan debat, wujud peningkatan ilmu dalam teologi yang lebih dikenali sebagai 
ilmu kalam. Tiada perdebatan, maka tiada peningkatan ilmu dan media menjadi 
alat yang memudahkan insan mencapai matlamat dalam perdebatan, iaitu 
‘kebenaran’. Tetapi, yang lebih merbahaya ialah kebebasan maklumat itu membuka 
ruang kepada kerosakan agama dalam masa yang sama, ruang bersuara bagi 
membetulkan fakta yang salah disempitkan dan media yang kritis dengan 
pentadbiran makin dikecilkan ruang operasinya.

            

Maklumat adalah hak milik semua. Ia perlu disebarkan agar insan dapat membuat 
tindakan yang betul dan melakukan pilihan yang tepat. Jika pengamal dan pemilik 
media menyembunyikan fakta yang mengaibkan mereka, demikian itulah penganiayaan 
ke atas kemanusiaan. Mereka perlu keberanian moral bagi memikul tugas ini. 

 

Hal ini kerana, sebagai manusia biasa, kita tentu tidak bebas daripada 
melakukan kesilapan dan kesalahan. Contoh terbaik, misalnya, Rasulullah sebagai 
pengamal media, telah ‘melaporkan’ wahyu mengenai keaibannya sendiri dengan 
penuh bertanggungjawab tatkala ‘mengusir’ Abdullah bin Ummi Maktum dengan sikap 
bermasam muka. (80: 1–4)

 

Kebebasan Maklumat

            Oleh itu, Freedom of Information Act (FOIA) - Akta Kebebasan 
Maklumat adalah alat utama bagi melicinkan agenda kerajaan membasmi rasuah. 
Dengan akta ini, media di kebanyakan negara berlumba-lumba mendedahkan salah 
laku rasuah dan penyelewengan berdasarkan dokumen-dokumen rasmi pentadbiran 
selama ini. Namun, baru-baru ini di Indonesia, draf pendidikan berjudul Rencana 
Strategis Depdiknas Tahun 2005 – 2009 oleh Departemen Pendidikan Nasional turut 
dikategorikan sebagai rahsia negara. 

 

Malah, dalam kenyataannya di Kompas pada 14 April lalu, pengarah jabatan itu, 
Bambang Sudibyo berkata, pemberitaan mengenai isi draf itu boleh dikenakan 
tindakan undang-undang. Persoalannya, adakah sikap media mendedahkan draf 
pendidikan negara kepada rakyat boleh ditafsirkan sebagai media negatif 
sedangkan pendidikan sebenarnya adalah hak rakyat untuk mengetahuinya?

 

            Akibatnya, puluhan komentar dilahirkan dalam akhbar yang sama dan 
isu itu turut dimainkan oleh media lain. Pakar hukum tata negara dari 
Universitas Indonesia, Dr Satya Arinanto ketika ditemui Kompas berkata, 
perlembagaan republik menjamin pendidikan sebagai hak publik.

 

“Tiada hukum lain yang menjerat individu atau lembaga yang membeberkan draf 
polisi strategis pendidikan,” beliau berkata sambil berhujah, bahawa Peraturan 
Presiden Nomor 7, 2005 mengenai Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional 
2004–2009 mengharuskan setiap sektor pembangunan termasuk pendidikan dilaporkan 
secara telus dalam Program Pembangunan Nasional. --- [bersambung ...]

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

KOTA MALANG KOTA PELAJAR

 

Inilah kota kita yang dibina atas semangat,

Bahawa kita impikan kebebasan muktamad,

Kebenaran dan keamanan daripada penguasa jahat.

 

Kita cuma mahu bebas bicara,

Di kota ini kita teguh berdiri,

Bebas dari belenggu ancaman dan ugutan,

Kita terlepas dari panahan kata-kata,

Yang merombak fikiran dan merobek jiwa,

Sudah tiba saatnya kita muntahkan keramat kata,

Dan mereka diam bungkam menadah telinga.

 

Kota Malang kota pelajar,

Semoga nasib kita tidak seperti namanya,

Di dalamnya berhimpun orang-orang kita,

Tuhan jadikan kota ini tinggi,

Kerana sememangnya orang berilmu itu,

Darjatnya tinggi hikmahnya suci,

Dengan ketinggian ilmu dan kesucian hati,

Kita mendidik umat dan tidak merendahkan sesiapa,

Kita berikan hak kepada yang berhak.

 

Kota Malang kotanya pelajar,

Bentengnya ampuh jangan dicabar,

Bersihkan imejmu yang lama tercalar,

Kitalah ular sakti yang maha tegar,

Bisa tak hilang menyusur akar.

 

Malang, Jawa Tengah (Jateng), 

Indonesia, 17 April 2005, 12.30 a.m.




GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia 
yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi 
usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & 
modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5 

 






                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Yahoo! Small Business - Try our new resources site! 

[Non-text portions of this message have been removed]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Take a look at donorschoose.org, an excellent charitable web site for
anyone who cares about public education!
http://us.click.yahoo.com/O.5XsA/8WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke